Rahsia Metafizik Kenderaan Bawa Tuah





#Metafizik Kenderaan


Seperti yang kita sedia maklum, kenderaan merupakan sebuah keperluan bagi kehidupan. Maka ia juga mengandungi unsur-unsur metafizik di sana.

Mari kita kaji dan berfikir.

Saya pernah melihat sendiri Porche Dr Azizan Osman yang bernombor *** 666

Ada 2 kaedah dalam pengkajian aura sesebuah kenderaan.

1) Perihal nombor asasnya
2) Perihal nombor polanya

Seperti biasa, sila campurkan kesemua nombor yang tertera di nombor plate kenderaan anda.

Contoh:

BKA 119 

1+1+9 = 11
1+1 = 2

Maka, nombor asasnya adalah 2



Maksud Nombor Asas Kenderaan :


Asas 1
  • Biasanya, kereta ini di pandu secara bersendirian dan di miliki oleh seseorang lelaki, yang jarang membenarkan orang lain memandunya.
  • Dalam kereta itu banyak aktiviti pengarahan, agak sedikit keras, ada sedikit pertengkaran dan banyak yang tersentap dek percakapannya yang mengguriskan perasaan.
  • Masalahnya, kenderaan ini selalu mengalami kerosakan seperti kemalangan, body rosak, masalah enjin dan peralatan besi yang sering berganti.
  • Sesuai warna hijau, kuning, coklat.

Asas 2
  • Kereta ini biasanya di pandu dan di naiki 2 orang dan lebih biasanya ia di pandu wanita dan kebanyakannya ia perlu ada wanita yang menaikinya.
  • Sekiranya tiada wanita, pastinya radio dan aktiviti nyanyian akan memenuhi ruangan kereta tersebut.
  • Dalam aktiviti pemanduannya, biasanya para penunggangnya menghabiskan masa dengan aktiviti suara, nyanyian, nasihat, luahan perasaan dan syarahan.
  • Masalah yang sering di alami kenderaan ini adalah masalah aircond, tayar, dan temperature yang melibatkan air.
  • Bagi mengurangi masalah, kenderaan ini harus selalu ada air di dalamnya.
  • Biasanya pemilik kenderaan secara auto menyediakan air untuk dirinya atau memang ada air di dalam kenderaan ini.
  • Kenderaan ini juga kerap di basuh, dan harus di basuh.
  • Sesuai warna merah, ungu, oren.

Asas 3
  • Kereta ini sering di gunakan untuk program-program runner, race dan travel. Gerak sana sini. Juga bertindak sebagai caravan, punggah barang, masakan dan besi.
  • Banyak aktiviti pergaduhan dan bertegang lidah di dalamnya
  • Banyak bergerak dan sering di hiasi cantik dan sering di modified. Banyak habis duit untuk kereta ini.
  • Masalah kereta ini biasanya masalah kerosakan pendawaian, wiring, elektrikal dan bahan api seperti fius, lampu tak bernyala, dan sebagainya.
  • Kesesuaian warna adalah warna putih emas dan silver.

Asas 4
  • Kereta ini adalah tempat pendidikan dan tempat leteran. Biasanya radio dan CD akan sering terpasang. Namun bukan bertujuan untuk dengar lagu tetapi untuk dengar tazkirah, syarahan, ceramah dan pengajaran.
  • Kereta ini biasanya di pandu seorang pendidik dan penunggangnya meminati bahan bacaan dan suka membaca di dalam kereta.
  • Masalah kenderaan ini biasanya bahagian cat yang sering terkupil, body, banyak ranting dan kayu pokok selalu di rembatnya.
  • Sesuai di cat kuning, coklat, beige.

Asas 5
  • Kenderaan asas ini biasanya kereta yang sering bertukar-tukar pemandunya, kereta yang paling banyak masalah dan kerosakan.
  • Aktiviti pergaduhan sering di rekodkan dalam kenderaan ini.
  • Banyak perkara sering di ubah oleh pemiliknya seperti modified body dan sebagainya dan kenderaan yang paling banyak bertukar pemilik dan pemandunya.
  • Kejap tayar, kejap lampu, kejap fius.
  • Kenderaan ini akan sering comot dengan debu, masuk tanah dan pasir termasuk lumpur.
  • Warna yang sesuai adalah warna biru dan hitam

Asas 6
  • Kenderaan yang banyak di gunakan untuk aktiviti kewangan dan bisnes dan sering di gunakan lelaki dan juga wanita dan di kenali sebagai kereta scandal, memikat perempuan, aktiviti kurang senonoh dan aktiviti maksiat jika tidak di bendung iman pemandunya.
  • Kereta yang banyak di pasang lagu-lagu, tontonan video dan aktiviti keseronokan, hiburan dan sebagainya.
  • Biasanya ia adalah kereta yang cantik, kemas dan teratur.
  • Banyak barang-barang besi dan kerosakannya adalah melibatkan cat, sparepart dan apa sahaja yang berkaitan besi.
  • Ia juga sering terlibat dalam kes kemalangan kecil kecilan.
  • Warna yang sesuai adalah hijau, kuning, coklat.

Asas 7
  • Kereta ini adalah kereta kemasyarakatan dan sosial.
  • Kereta yang sering memunggah orang dan sesuai sebagai kenderaan awan seperti Teksi, Uber dan Grab Car.
  • Pemandu dan penunggangnya biasanya lebih dari 2 orang pada setiap masa.
  • Kereta yang sering di gunakan untuk aktiviti kekeluargaan dan sebagai kereta amal.
  • Biasanya kereta ini suka diperdengarkan lagu-lagu retro (klasik) dan bagus di gunakan untuk program networking dan close deal.
  • Masalah yang sering di alami adalah kebocoran air, coolant, aircond, kipas, wiper dan banjir.
  • Warna yang bagus untuk kenderaan ini adalah merah, ungu, dan oren.

Asas 8
  • Kenderaan ini banyak melakukan aktiviti perniagaan dan bisnes. Di miliki orang kaya.
  • Kenderaan yang sering memunggah barangan yang besar, bahan-bahan kimpalan dan bahan-bahan elektrikal, enjin, bertindak sebagai jumper, towing dan sebagainya.
  • Banyak aktiviti bisnes, pergaduhan, tekanan dan stress dalam kenderaan ini.
  • Masalah yang sering di hadapi kereta ini adalah masalah fius, wiring, meter, lampu dan juga enjin.
  • Warna yang sesuai adalzh putih, emas, kelabu / silver.

Asas 9
  • Kenderaan yang sering di naiki orang-orang tua, pemimpin, geng masjid, dan ketua masyarakat.
  • Aktiviti kebiasaan kenderaan ini adalah mendengar, menonton dan bercakap perkara yang kelakar.
  • Baisanya kenderaan ini di gunakan untuk shopping, memborong dan kenderaan ini selalu akan ada barang di dalamnya. Kenderaan punggah barang, dan isi barang.
  • Banyak barang dan sampah yang tidak di buang dan sukar untuk kemas.
  • Masalah kebiasaannya adalah berkaitan kerosakan body dan cat, banyak langgar dan seret kayu dan pokok.
  • Sering di letakkan berhampiran pokok-pokok dan banyak tanah dan debu di dalamnya.
  • Warna yang sesuai adalah kuning, coklat, hijau.

Kesimpulan

Warna yang sesuai dengan asas kenderaan akan mengurangkan kerosakan kenderaan terbabit. Apatah lagi jika warna aura pemilik, warna asas kenderaan dan platenya adalah sama. Insya Allah, kerosakannya akan jadi berkurangan.


Tips Tambahan

Susunan nombor plate kenderaan mestilah bermula dengan angka kecil di depan sebelah kiri dan angka besar di belakang sebelah kanan kita. Sebagai contoh :


DCJ 2369


Kita nak nombor berakhir dengan angka 9

Elakkan hujung angka :

00, 88, 68, 55,75, 750, 570, 1, 2, 3, 4, 5


Semoga perkongsian ini memberikan input berguna kepada dalam pemilihan warna kenderaan.


Kredit : Xifu Ihsan





2 comments

hahahahaa

akhir zaman


EmoticonEmoticon