Tahukah anda, memiliki pola di atas yang anda anggap negatif. Kita boleh menukarkan kearahkan positif
336 / 363 - Buat Pelaburan / dunia kewangan untuk mendapat / kumpul aset.
Tukarkan hobi anda kepada hobi kumpul emas. Jika anda berjaya simpan 100 gram emas, anda boleh bayar deposit rumah! 339 / 393 - Kejayaan singkat (buat pelaburan/bisnes bersifat sementara, pantas dan pelbagai)
Berniaga di bulan puasa, pesta keramaian, hujung tahun dan sebagainya
663 - Jadi agen/broker atas angin, perunding takaful/insuran.
636 - Melibatkan diri dlm intensif kerajaan beri, pelaburan dalam ekonomi jika anda berani.
Seperti yang kita sedia maklum, kenderaan merupakan sebuah keperluan bagi kehidupan. Maka ia juga mengandungi unsur-unsur metafizik di sana.
Mari kita kaji dan berfikir.
Saya pernah melihat sendiri Porche Dr Azizan Osman yang bernombor *** 666
Ada 2 kaedah dalam pengkajian aura sesebuah kenderaan.
1) Perihal nombor asasnya
2) Perihal nombor polanya
Seperti biasa, sila campurkan kesemua nombor yang tertera di nombor plate kenderaan anda.
Contoh:
BKA 119
1+1+9 = 11
1+1 = 2
Maka, nombor asasnya adalah 2
Maksud Nombor Asas Kenderaan :
Asas 1
Biasanya, kereta ini di pandu secara bersendirian dan di miliki oleh seseorang lelaki, yang jarang membenarkan orang lain memandunya.
Dalam kereta itu banyak aktiviti pengarahan, agak sedikit keras, ada sedikit pertengkaran dan banyak yang tersentap dek percakapannya yang mengguriskan perasaan.
Masalahnya, kenderaan ini selalu mengalami kerosakan seperti kemalangan, body rosak, masalah enjin dan peralatan besi yang sering berganti.
Sesuai warna hijau, kuning, coklat.
Asas 2
Kereta ini biasanya di pandu dan di naiki 2 orang dan lebih biasanya ia di pandu wanita dan kebanyakannya ia perlu ada wanita yang menaikinya.
Sekiranya tiada wanita, pastinya radio dan aktiviti nyanyian akan memenuhi ruangan kereta tersebut.
Dalam aktiviti pemanduannya, biasanya para penunggangnya menghabiskan masa dengan aktiviti suara, nyanyian, nasihat, luahan perasaan dan syarahan.
Masalah yang sering di alami kenderaan ini adalah masalah aircond, tayar, dan temperature yang melibatkan air.
Bagi mengurangi masalah, kenderaan ini harus selalu ada air di dalamnya.
Biasanya pemilik kenderaan secara auto menyediakan air untuk dirinya atau memang ada air di dalam kenderaan ini.
Kenderaan ini juga kerap di basuh, dan harus di basuh.
Sesuai warna merah, ungu, oren.
Asas 3
Kereta ini sering di gunakan untuk program-program runner, race dan travel. Gerak sana sini. Juga bertindak sebagai caravan, punggah barang, masakan dan besi.
Banyak aktiviti pergaduhan dan bertegang lidah di dalamnya
Banyak bergerak dan sering di hiasi cantik dan sering di modified. Banyak habis duit untuk kereta ini.
Masalah kereta ini biasanya masalah kerosakan pendawaian, wiring, elektrikal dan bahan api seperti fius, lampu tak bernyala, dan sebagainya.
Kesesuaian warna adalah warna putih emas dan silver.
Asas 4
Kereta ini adalah tempat pendidikan dan tempat leteran. Biasanya radio dan CD akan sering terpasang. Namun bukan bertujuan untuk dengar lagu tetapi untuk dengar tazkirah, syarahan, ceramah dan pengajaran.
Kereta ini biasanya di pandu seorang pendidik dan penunggangnya meminati bahan bacaan dan suka membaca di dalam kereta.
Masalah kenderaan ini biasanya bahagian cat yang sering terkupil, body, banyak ranting dan kayu pokok selalu di rembatnya.
Sesuai di cat kuning, coklat, beige.
Asas 5
Kenderaan asas ini biasanya kereta yang sering bertukar-tukar pemandunya, kereta yang paling banyak masalah dan kerosakan.
Aktiviti pergaduhan sering di rekodkan dalam kenderaan ini.
Banyak perkara sering di ubah oleh pemiliknya seperti modified body dan sebagainya dan kenderaan yang paling banyak bertukar pemilik dan pemandunya.
Kejap tayar, kejap lampu, kejap fius.
Kenderaan ini akan sering comot dengan debu, masuk tanah dan pasir termasuk lumpur.
Warna yang sesuai adalah warna biru dan hitam
Asas 6
Kenderaan yang banyak di gunakan untuk aktiviti kewangan dan bisnes dan sering di gunakan lelaki dan juga wanita dan di kenali sebagai kereta scandal, memikat perempuan, aktiviti kurang senonoh dan aktiviti maksiat jika tidak di bendung iman pemandunya.
Kereta yang banyak di pasang lagu-lagu, tontonan video dan aktiviti keseronokan, hiburan dan sebagainya.
Biasanya ia adalah kereta yang cantik, kemas dan teratur.
Banyak barang-barang besi dan kerosakannya adalah melibatkan cat, sparepart dan apa sahaja yang berkaitan besi.
Ia juga sering terlibat dalam kes kemalangan kecil kecilan.
Warna yang sesuai adalah hijau, kuning, coklat.
Asas 7
Kereta ini adalah kereta kemasyarakatan dan sosial.
Kereta yang sering memunggah orang dan sesuai sebagai kenderaan awan seperti Teksi, Uber dan Grab Car.
Pemandu dan penunggangnya biasanya lebih dari 2 orang pada setiap masa.
Kereta yang sering di gunakan untuk aktiviti kekeluargaan dan sebagai kereta amal.
Biasanya kereta ini suka diperdengarkan lagu-lagu retro (klasik) dan bagus di gunakan untuk program networking dan close deal.
Masalah yang sering di alami adalah kebocoran air, coolant, aircond, kipas, wiper dan banjir.
Warna yang bagus untuk kenderaan ini adalah merah, ungu, dan oren.
Asas 8
Kenderaan ini banyak melakukan aktiviti perniagaan dan bisnes. Di miliki orang kaya.
Kenderaan yang sering memunggah barangan yang besar, bahan-bahan kimpalan dan bahan-bahan elektrikal, enjin, bertindak sebagai jumper, towing dan sebagainya.
Banyak aktiviti bisnes, pergaduhan, tekanan dan stress dalam kenderaan ini.
Masalah yang sering di hadapi kereta ini adalah masalah fius, wiring, meter, lampu dan juga enjin.
Warna yang sesuai adalzh putih, emas, kelabu / silver.
Asas 9
Kenderaan yang sering di naiki orang-orang tua, pemimpin, geng masjid, dan ketua masyarakat.
Aktiviti kebiasaan kenderaan ini adalah mendengar, menonton dan bercakap perkara yang kelakar.
Baisanya kenderaan ini di gunakan untuk shopping, memborong dan kenderaan ini selalu akan ada barang di dalamnya. Kenderaan punggah barang, dan isi barang.
Banyak barang dan sampah yang tidak di buang dan sukar untuk kemas.
Masalah kebiasaannya adalah berkaitan kerosakan body dan cat, banyak langgar dan seret kayu dan pokok.
Sering di letakkan berhampiran pokok-pokok dan banyak tanah dan debu di dalamnya.
Warna yang sesuai adalah kuning, coklat, hijau.
Kesimpulan
Warna yang sesuai dengan asas kenderaan akan mengurangkan kerosakan kenderaan terbabit. Apatah lagi jika warna aura pemilik, warna asas kenderaan dan platenya adalah sama. Insya Allah, kerosakannya akan jadi berkurangan.
Tips Tambahan
Susunan nombor plate kenderaan mestilah bermula dengan angka kecil di depan sebelah kiri dan angka besar di belakang sebelah kanan kita. Sebagai contoh :
DCJ 2369
Kita nak nombor berakhir dengan angka 9
Elakkan hujung angka :
00, 88, 68, 55,75, 750, 570, 1, 2, 3, 4, 5
Semoga perkongsian ini memberikan input berguna kepada dalam pemilihan warna kenderaan.
Percayakah anda bahawa dengan TARIKH LAHIR kita boleh mengetahui pelbagai rahsia diri sendiri seperti Kerjaya, Perniagaan, Kesihatan, Perhubungan, Kekayaan, Keserasian, Arah Kejayaan dan banyak lagi?
Berdasarkan TARIKH LAHIR seseorang dan dengan menggunakan penemuan sendiri Metodologi Penyahkod, anda boleh mengetahui tentang diri anda ataupun orang lain secara hampir menyeluruh. Anda boleh mengetahui perwatakan individu seperti sikap dan personaliti seseorang.
Dengan membongkar secara lebih mendalam, anda juga dapat mengetahui tentang Kesihatan, Kerjaya, Perniagaan, Hala Tuju Terbaik seseorang serta Kesesuaian dan Perhubungan dengan individu lain.
Metafizik Tarikh Lahir
Jom kita lihat video tutorial bagaimana nak kira nombor asas kita mengikut tarikh lahir masing-masing.
Ciri-Ciri Nombor Kod Asas :
Nombor 1: Elemen Logam
Ada ciri-ciri kepimpinan. Kemungkinan semasa alam persekolahan atau selepas anda dilantik menjadi ketua atau penolong atau dalam persatuan. Kemungkinan juga anda menolak perlantikan dalam jawatan tersebut.
Nombor 2 : Elemen Air
Anda punyai komunikasi atau penyampaian yang baik. Suara anda kedengaran lantang dan jelas. Mungkin juga anda susah atau malu nak mula bercakap namun apabila sudah mula anda kelihatan mesra.
Nombor 3: Elemen Api
Pergerakan anda sangat cepat atau lain kata anda tidak suka bertangguh dalam sesuatu perkara.
Nombor 4: Elemen Kayu
Anda suka merancang dan juga anda suka kepada ilmu pengetahuan.
Nombor 5: Elemen Tanah
Anda seorang yang punyai prinsip sendiri. Contoh jika anda kata “A”, “A”lah jawapannya, jika “B”, “B”lah jawabnya. Atau anda tidak terus membuat keputusan serta merta dan anda akan fikir dahulu dan jawapan akan diberi kemudian.
Nombor 6: Elemen Logam / Besi
Anda mempunyai sifat kekeluargaan atau ambil berat tentang keluarga. Ini membuatkan anda bagus dalam perancangan kewangan.
Nombor 7: Elemen Air
Anda punyai ramai kawan atau mudah mendapat penyokong. Ini membuatkan hidup anda nampak bertuah.
Nombor 8: Elemen Api
Anda seorang yang bertanggungjawab sama ada terhadap keluarga atau kerjaya.
Contoh dalam kerjaya atau persekolahan jika diberi tugas atau kerja rumah anda akan selesaikannya walaupun memakan masa.
Nombor 9: Elemen Kayu
Anda suka mengejar kejayaan atau aset. Mungkin juga anda memikirkan perniagaan yang membawa keuntungan.
Mari kita tengok video berkaitan 5 elemen utama yang ada pada manusia.
Jom kita lihat video untuk mengetahui lebih lanjut ciri-ciri individu nombor asas 1 hingga 7.
(Maaf bagi individu nombor asas 8 dan 9, sebab tiada video penerangan untuk anda).
Info Pola Diri :
1 - Sangat berdikari, namun ditikam dari belakang. Jadi, berwaspada selalu
56 - Sangat berhati-hati dengan wang
67 - Mudah kasihan orang. Mudah belanja kawan-kawan
71 - Mudah ditipu orang
73 - Orang/pengikut/kawan mudah datang dan pergi
156 - Bekerja di luar kawasan. Selalu outstation
189 - Bergerak ke sana ke mari. Tidak suka duduk di satu tempat
336 - Mempunyai pergerakan wang yang aktif
786 - Orang suka beri tanggungjawab
123 - Kekuatan pada suara. Bagus untuk sales, marketing, guru, penyanyi dan usahawan
235 - Beremosi, mudah terusik dan baran
246 - Pandai dalam bab-bab syarahan dan ceramah
393 - Cepat mendapat kejayaan, tapi tak bertahan lama
426 - Pandai memberikan ceramah atau syarahan
456 - Terlibat dan bertanggungjawab dalam aliran wang. Berjaga-jaga supaya jangan terlibat dalam rasuah
459 - Seorang yang memiliki gerak hati atau 6th Sense. Ilham yang tinggi
573 - Mudah bergaul dengan orang atas dan orang kenamaan
666 - Sangat berhati-hati dengan wang
729 - Mudah yakinkan orang. Menjadi tarikan orang. Bagus untuk jadi usahawan dan orang politik
777 - Sentiasa di kelilingi oleh lelaki
843 - Selalu tercari-cari kejayaan. Mudah tukar citarasa dan cepat bosan. Tetapi, banyak idea dan inovatif
888 - Hiperaktif
933 - Kejayaan yang singkat. Kena belajar strategi bagaimana yang mengimbanginya
944 - Kurus dan mempunyai citarasa yang tinggi
966 - Mudah untung, bagus untuk menjadi usahawan
999 - Banyak peluang dan kejayaan, tetapi kesunyian
Lihat video ini untuk cari 12 nombor pola anda.
Semuanya ketentuan dan takdir dari Allah.Jika ianya betul dan kena dengan anda, ianya kebetulan sahaja.Ilmu Allah sangatlah luas.Sama-samalah kita mengkajinya.
Pernahkah anda mendengar bahawa angka tertentu boleh menjadi sumber penarik rezeki?
Tidak dinafikan bahawa masih ramai orang tidak percaya bahawa sains metafizik boleh memberi perubahan dalam kehidupan seharian tetapi sebenarnya angka-angka tertentu dalam kehidupan mampu memberi perubahan dalam kehidupan seharian kita. Terdapat pelbagai turutan nombor yang kadang-kadang tanpa disedari memberi manfaat kepada kita sekiranya kita memilikinya.
Misalnya, angka 769.
Angka 7 sering dikaitkan dengan tarikan, pengaruh dan penyokong. Angka 6 pula memberi maksud rezeki dan kekayaan.
Manakala angka 9 dikaitkan dengan kejayaan, menonjol, dan status tinggi. Gabungan ketiga-tiga angka ini memberi maksud yang kuat dan tidak salah kalau saya katakan, mampu menarik rezeki ke arah kita secara sedar, mahupun tanpa sedar.
Berdasarkan pengalaman seorang hamba Allah dimana salah seorang rakannya telah memiliki nombor siri duit yang mempunyai angka 769. Beliau menyimpannya di dalam wallet dan tanpa disedari, rezekinya mulai berubah, malah sentiasa bertambah dari hari ke hari. Itu pun baru not RM10. Beberapa orang rakannya yang lain sanggup membeli not RM10 tersebut dengan harga RM10,000, tetapi beliau tidak menjualnya kerana percaya angka tersebut benar-benar telah mengubah pintu rezekinya.
Kita memahami angka-angka tertentu yang kita lihat dan perolehi dalam hidup ini memberi makna kepada kita.
Sesiapa yang memiliki angka 769 pada nombor telefon yang digunakan seharian, pasti akan mempunai rezeki yang banyak dan lancar segala usahanya, berkat dengan kuasa dan rahmat Allah jua.
Sabda Nabi Muhammad SAW : Barang siapa yang mengenal dirinya akan mengenal Penciptanya".
Tahniah, kerana anda berada di garisan permulaan di dalam perjalanan untuk mengenal kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman diri sendiri atau sesiapa yang anda kehendaki untuk membina strategi bagi meningkatkan potensi diri anda.
Anda tidak di ciptakan GAGAL!
Inilah ungkapan sebenar bagi kehidupan kita. Berdasarkan kajian metafizik atau lebih juga dikenali kajian nombor tarikh lahir mendapati setiap manusia mempunyai potensi dan fungsi tertentu di dalam dunia ini.
Tiada manusia yang di ciptakan gagal tetapi manusia itu sendiri yang gagal mencipta sesuatu yang terbaik untuk dirinya.
Kenali diri anda terlebih dahulu dan cungkil potensi anda. Tanpa kajian yang terperinci, memang susah untuk kita menyedari atau perasan 'mengenai kelebihan dan potensi diri kita, melalui Kaedah Metafizik ini anda akan lebih mudah untuk membuat sesuatu keputusan.
Setiap nombor atau angka ada getaran dan maksud yang tersendiri bukan sahaja digunakan pada tarikh lahir. Malah apa saja yang mempunyai angka seperti nombor telefon, nombor plate kenderan, nombor rumah dan sebagainya.
Secara ringkasnya, cuba fahami setiap maksud nombor yang di huraikan di bawah:
Nombor 1 = Sendiri Nombor 2 = Suara Nombor 3 = Aktif Nombor 4 = Rancang / Ilmu Nombor 5 = Pencarian / Perubahan Nombor 6 = Wang Nombor 7 = Kawan Nombor 8 = Tanggungjawab / Tekanan Nombor 9 = Kejayaan.
Sebagai contoh:
67 - (6) duit (7) kawan :
Maka : anda mudah memberi atau membantu kawan anda dari segi kewangan.
Metafizik ialah sebuah ilmu untuk merungkaikan hikmah sesuatu perkara yang wujud di alam ini. Metafizik suatu yang ghaib tapi wujud di sekililing kita dan bekerja untuk kita. Contohnya: warna dan pernomboran.
Metafizik terbahagi kepada beberapa bahagian:
Metafizik Pernomboran vs Pernomboran Islamik
Metafizik Warna
Metafizik Aura
Metafizik Kuasa Minda
Metafizik Spiritual (Tasawwuf dan Tariqat)
Metafizik merupakan salah satu bidang yang tertua dalam bahagian falsafah ini. Boleh di katakan, bidang ini mempunyai umur yang sama dengan falsafah. Ia adalah bidang utama yang membicarakan falsafah. Metafizik menjelaskan sesuatu yang di sebalik fizikal.
Ia juga merupakan satu bidang pengajian tentang kehidupan nyata. Ianya merupakan satu falsafah yang menjelaskan tentang realiti dan ilmu pengetahuan. Ianya merangkumi Epistemologi (teori tentang ilmu pengetahuan), Ontologi (pengajian tentang kehidupan nyata) dan Kosmologi (teori tentang alam semesta dan hukum-hukumnya)
Merujuk kepada perkataan metafizik itu sendiri, ia mengandungi dua suku kata yang utama iaitu meta dan juga fizik. Meta merupakan perkataaan Yunani yang membawa maksud di sebalik dan fizik pula adalah alam zahir.
Metafizik boleh di tafsirkan sebagai satu ilmu yang membicarakan mengenai perkara-perkara yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Oleh itu, terdapat persolan yang bermain di fikiran manusia, adakah setiap perkara yang berlaku ini memberikan gambaran yang sebenar tentang sesuatu itu? Adakah sesuatu yang di sebalik fizikal itu merupakan satu alam lain yang benar-benar wujud? Persoalan-persoalan seperti ini selalu bermain di fikiran seorang ahli falsafah.
Mereka ingin mencari kebenaran hanya dengan berpandukan kepada akal minda mereka. Mereka berpendapat bahawa dengan akal yang sihat serta waras, kebenaran itu dapat di capai.
Di antara ahli falsafah yang membicarakan bahagian ini adalah Plato dan juga Aristotles. Ada pendapat yang menyatakan bahawa sesuatu yang di sebalik fizikal itu adalah alam pemikiran manusia itu sendiri. Ini kerana alam pemikiran itu tidak dapat di lihat oleh mata kasar manusia dan hanya boleh di rasa kehadirannya.
Bukan menilik nasib tetapi memahami apakah yang terkandung di dalam ketetapan hidup supaya boleh merangka strategi untuk aktiviti pembetulan, pencegahan, penambahbaikian dan peningkatan boleh dilakukan. Bukan untuk meramal nasib, tetapi membantu manusia merangka satu jadual perjalanan hidup yang lebih berkesan.
Mulai hari ini, pastikan password untuk akaun anda berakhir dengan angka 6.
Terbaik adalah angka 6 bagi akaun bank kerana mewakili rezeki atau kekayaan. Jika mahu berakhir dengan angka 9 pun boleh tapi sebab password boleh pilih, maka akhirilah dengan angka 6.
Dalam metafizik, hujung angka 6 seolah perjalanan berhenti di destinasi kekayaan. Beberapa maklumbalas kajian adalah baik, maka kita ikut saja lagipun tak menyalahi undang-undang.
Semua ini kebetulan sahaja. Yang penting, kita kena tahu semua yang berlaku ini adalah dari KUASA ALLAH jua. Kita ada jalan dan usaha untuk menjadi orang yang bertuah dan dilimpahi rezeki agar senang hidup.
Setiap rumah akan ada auranya yang tersendiri. Adakalanya sesebuah rumah tu selalu bersih dan kemas, kadang ia susah nak kemas. Kemas-kemas, bersepah balik.
Maka, untuk melihat atau mengkaji tenaga-tenaga tersebut, kita perlu melihat kepada nombor rumah.
Caranya begini:
Contoh, rumah anda beralamat : Lot 7369, Kg Cherang Sepulai atau C-1-9-7
Tambahkan kesemua nombor yang ada tadi:
7+3+6+9 : 25
2+5 = 7
Maka, Rumah ini Asas 7
C-1+9-7 =17
1+7= 8
Maka, asas rumah ni adalah nombor 8
Huraian Nombor Asas Rumah :
Asas 1.
Biasanya rumah kemas, banyak barang besi, sedikit ketegangan berlaku, penghuninya jarang ada, jika ada ia akan berseorangan, ataupun kerja rumah diletakkan di bahu salah seorang ahlinya.
Asas 2.
Rumah yang banyak masalah bocor, aktiviti nyanyian, mengaji, kelas, runah romantis, bagus untuk keintiman, rumah yang sejuk.
Asas 3.
Rumah yang banyak aktiviti masakan, bakar-bakar, ahli keluarganya aktif, minat bersukan, sedikit bersepah, jarang di ubah, kebanyakannya ahli keluarga atlet. Biasanya orang minta pinjam duit dari ahli keluarga rumah ini.
Asas 4.
Rumah yang banyak ativiti ilmu, rumah yang melahirkn anak-anak yang suka belajar, ibubapa suka menonton program dokumentari, dari bab suara kurang, lebih kepada kajian dan kreativti. Biasanya setiap ahli keluarga ini suka cuba benda baru dan pandai memasak.
Asas 5.
Rumah ini perlu di elakkan, rumah ini banyak pergaduhan, sihir, halangan, penceraian, kedegilan. Rumah ini akan mnglmi banyak perubahan dari segi susun atur, pemindahan, ahlinya banyak bertukar-tukar kerja dan bisnes, dan cepat boring. Banyak kes anai-anai, dan rumah berpenunggu.
Jika anda berada dalam rumah ini, jadikan nombor rumah anda nombor asas lain :
Contoh rumah anda = C -1-4.... tampal nombor 29 di hujung nombor rumah.
Jadi = C-1-4-29, asas 7, cuba genapkannya menjadi angka 7.
Asas 6.
Rumah yang banyak aktiviti hiburan seperti lepak-lepak, games, internet, berhias. Rumah kemas dan cantik tetapi ahlinya kurang bab agama, tak kuat amalan agama. Banyak keduniaan. Maka, kena ubah ke arah keseimbangan. Banyak kes eletrical.
Asas 7.
Rumah yang paling harmoni dan paling bagus untuk berkeluarga, banyak aktiviti makan secara berjemaah, solat, kenduri. Rumah selalu ada ramai penghuni. Kadang-kadang banyak terlibat dengan banjir dan bocor. Setiap ahlinya menyokong sama satu lain. Tapi banyak kena pnyakit berkaitan darah, kencing manis, prostat dan sebagainya.
Asas 8.
Rumah orang usahawan, rumah banyak tanggungjawab, rumah orang rajin, hyperaktfi dan tidak duduk diam. Biasanya ada ahli keluarga ini buat bisnes yang hebat. Sedikit garang dan bergaduh. Banyak keluar rumah dari duduk dalam rumah.
Asas 9.
Rumah paling lawak. Suka aktiviti melancong dan memborong, banyak tengok rancangan lawak, kartun dan movie. Banyak barang dan banyak perabot yang rosak tapi masih tidak di buang. Rumah macam stor dan semakin besar rumah, semakin banyak barang masuk. Ahli-ahli keluarga ini terkenal. Juga rumah yang biasanya orang buat kedai.