Rahsia Metafizik Ikut Tarikh Lahir Anda


Percayakah anda bahawa dengan TARIKH LAHIR kita boleh mengetahui pelbagai rahsia diri sendiri seperti Kerjaya, Perniagaan, Kesihatan, Perhubungan, Kekayaan, Keserasian, Arah Kejayaan dan banyak lagi?


Berdasarkan TARIKH LAHIR seseorang dan dengan menggunakan penemuan sendiri Metodologi Penyahkod, anda boleh mengetahui tentang diri anda ataupun orang lain secara hampir menyeluruh. Anda boleh mengetahui perwatakan individu seperti sikap dan personaliti seseorang. 

Dengan membongkar secara lebih mendalam, anda juga dapat mengetahui tentang Kesihatan, Kerjaya, Perniagaan, Hala Tuju Terbaik seseorang serta Kesesuaian dan Perhubungan dengan individu lain.

Metafizik Tarikh Lahir



Jom kita lihat video tutorial bagaimana nak kira nombor asas kita mengikut tarikh lahir masing-masing.



Ciri-Ciri Nombor Kod Asas :

Nombor 1: Elemen Logam
Ada ciri-ciri kepimpinan. Kemungkinan semasa alam persekolahan atau selepas anda dilantik menjadi ketua atau penolong atau dalam persatuan. Kemungkinan juga anda menolak perlantikan dalam jawatan tersebut. 

Nombor 2 : Elemen Air
Anda punyai komunikasi atau penyampaian yang baik. Suara anda kedengaran lantang dan jelas. Mungkin juga anda susah atau malu nak mula bercakap namun apabila sudah mula anda kelihatan mesra. 

Nombor 3: Elemen Api
Pergerakan anda sangat cepat atau lain kata anda tidak suka bertangguh dalam sesuatu perkara. 

Nombor 4: Elemen Kayu
Anda suka merancang dan juga anda suka kepada ilmu pengetahuan. 

Nombor 5: Elemen Tanah
Anda seorang yang punyai prinsip sendiri. Contoh jika anda kata “A”, “A”lah jawapannya, jika “B”, “B”lah jawabnya. Atau anda tidak terus membuat keputusan serta merta dan anda akan fikir dahulu dan jawapan akan diberi kemudian. 

Nombor 6: Elemen Logam / Besi
Anda mempunyai sifat kekeluargaan atau ambil berat tentang keluarga. Ini membuatkan anda bagus dalam perancangan kewangan. 

Nombor 7: Elemen Air
Anda punyai ramai kawan atau mudah mendapat penyokong. Ini membuatkan hidup anda nampak bertuah. 

Nombor 8: Elemen Api
Anda seorang yang bertanggungjawab sama ada terhadap keluarga atau kerjaya.
Contoh dalam kerjaya atau persekolahan jika diberi tugas atau kerja rumah anda akan selesaikannya walaupun memakan masa. 

Nombor 9: Elemen Kayu
Anda suka mengejar kejayaan atau aset. Mungkin juga anda memikirkan perniagaan yang membawa keuntungan.

Mari kita tengok video berkaitan 5 elemen utama yang ada pada manusia.



Jom kita lihat video untuk mengetahui lebih lanjut ciri-ciri individu nombor asas 1 hingga 7.

(Maaf bagi individu nombor asas 8 dan 9, sebab tiada video penerangan untuk anda).
















Info Pola Diri :

1 - Sangat berdikari, namun ditikam dari belakang. Jadi, berwaspada selalu
56 - Sangat berhati-hati dengan wang
67 - Mudah kasihan orang. Mudah belanja kawan-kawan
71 - Mudah ditipu orang
73 - Orang/pengikut/kawan mudah datang dan pergi
156 - Bekerja di luar kawasan. Selalu outstation
189 - Bergerak ke sana ke mari. Tidak suka duduk di satu tempat
336 - Mempunyai pergerakan wang yang aktif
786 - Orang suka beri tanggungjawab
123 - Kekuatan pada suara. Bagus untuk sales, marketing, guru, penyanyi dan usahawan
235 - Beremosi, mudah terusik dan baran
246 - Pandai dalam bab-bab syarahan dan ceramah
393 - Cepat mendapat kejayaan, tapi tak bertahan lama
426 - Pandai memberikan ceramah atau syarahan
456 - Terlibat dan bertanggungjawab dalam aliran wang. Berjaga-jaga supaya jangan terlibat dalam rasuah
459 - Seorang yang memiliki gerak hati atau 6th Sense. Ilham yang tinggi
573 - Mudah bergaul dengan orang atas dan orang kenamaan
666 - Sangat berhati-hati dengan wang
729 - Mudah yakinkan orang. Menjadi tarikan orang. Bagus untuk jadi usahawan dan orang politik
777 - Sentiasa di kelilingi oleh lelaki
843 - Selalu tercari-cari kejayaan. Mudah tukar citarasa dan cepat bosan. Tetapi, banyak idea dan inovatif
888 - Hiperaktif
933 - Kejayaan yang singkat. Kena belajar strategi bagaimana yang mengimbanginya
944 - Kurus dan mempunyai citarasa yang tinggi
966 - Mudah untung, bagus untuk menjadi usahawan 
999 - Banyak peluang dan kejayaan, tetapi kesunyian

Lihat video ini untuk cari 12 nombor pola anda.


Semuanya ketentuan dan takdir dari Allah.Jika ianya betul dan kena dengan anda, ianya kebetulan sahaja.Ilmu Allah sangatlah luas.Sama-samalah kita mengkajinya.






6 comments

ooo ajaran dari xifu ihsan ni

Semuanya ketentuan dan takdir dari Allah.Jika ianya betul dan kena dengan anda, ianya kebetulan sahaja.Ilmu Allah sangatlah luas.Sama-samalah kita mengkajinya.

SAYA NOMBOR 2

Nombor 2 : Elemen Air
Anda punyai komunikasi atau penyampaian yang baik. Suara anda kedengaran lantang dan jelas. Mungkin juga anda susah atau malu nak mula bercakap namun apabila sudah mula anda kelihatan mesra.

999 - Banyak peluang dan kejayaan, tetapi kesunyian

nujum alaf baru

This comment has been removed by the author.


EmoticonEmoticon