Showing posts with label Selawat. Show all posts
Showing posts with label Selawat. Show all posts

Selawat Fatih Di Alam Melayu

 



SELAWAT FATIH DI ALAM MELAYU


● Orang yang berselawat dengan Selawat Fatih seperti orang yang mengetuk pintu Hakikat Nabi ﷺ 


PENYEBARAN SELAWAT FATIH


Selawat Fatih datang di alam Melayu atas tangan Tiga orang Ulama Melayu :-


 1. Syeikh Daud Al Fatani

 2. Syeikh Abdul Somad Al Falimbani

 3. Syeikh Arsyad Al Banjari


1) Syeikh Daud Fatani menyebarkan Selawat Fatih di :

-Fatani

-Yala hingga 

-Kelantan

-Terengganu

-Pahang


2) Syeikh Abdul Somad Falimbani :

-Kedah hingga Perak


3) Syeikh Arsyad Banjari:

-Kalimantan

-Banjarmasin

-Mindanao

-Filipin belakang

-Solo

-Sulawisi

-Bugis 


● Syeikh Abdul Somad Falimbani memerangi siam dengan selawat Fatih malam di kedah ( perang melayu yang terakhir )


● Masyhur Sanad Selawat Fatih disisi tiga orang Syeikh Melayu tersebut dengan sanadnya "Muhammad Bakri" kerana guru mereka yang empunya selawat Fatih dan awal ialah Syeikh Mustafa Al Bakri As Siddiqi.


● Selepas itu tersebar Tariqah Sammaniah Khalwatiah Al Bakriah di Tanah Melayu khususnya di Utara dan Timur (mereka itu ahli Selawat Fatih).


● Selawat Fatih telah masuk awal di tanah Melayu melalui Syekh Daud Fatani, Syeikh Abdul Somad dan Syeikh Arsyad Banjari, setelah itu Allah Mengkhususkan Johor dan menyampaikan Selawat Fatih kepada Johor melalui Sanad Baru, Sanad yang lain dan saluran baru itu melalui Syeikh Fadil Banten yang menjadi simbol Johor, tanda Kewalian di Negeri Johor dan Beliau menjadi Guru kepada Sultan di zaman tersebut (penasihat), selepas itu datang lagi saluran baru dan sanad baru Selawat Fatih itulah yang dimaksudkan sebagai sentiasa diperbaharui atau memperbaharui limpahan dengan madad. 


Sanad Emas dari saluran Sayyidi Syarif Ahmad Al-Hadi Al-Maghribi At Tijani yang Segar dari Maghribi tidak putus lagi sahih seperti zaman Syeikh Ahmad Tijani tidak ada tambahan dan tidak ada campuran.



 


https://youtu.be/1RlHA_e5MfE



SANAD EMAS SELAWAT FATIH


             
سيد الوجود سيدنا و مولانا محمد صلى الله عليه وسلم

القطب المكتوم و الختم المحمدي المعلوم سيدنا و مولانا أحمد التجاني الحسني

سيدي محمد الغالي الحسني

سيدي أحمد بن محمد الكنسوسي الجعفري الهاشمي

سيدي الحاج الحسين اليفريني الحسني

مجدد الملة و الدين سيدي الحاج الأحسن البعقيلي الحسني

سيدي محمد الحبيب البعقيلي الحسني

سيدي الأحسن اليفريني الحسني

سيدي أحمد الهادي الحسني المغربي


● Wali Qutub Selatan Maghribi Sidi Husain Al Yifrini membaca Selawat Fatih 80,000 kali sebelum azan subuh dan sebelum masuk waktu fajar.


● Menteri besar Kerajaan Alawiyah Syarif Maghribi dan Penulis sejarah pada  zaman tersbut Sidi Ahmad bin Muhammad Al-Kansusi Al-Ja’fari Al-Hasyimi.


● Ketua Syarif2 di Negeri Faz iaitu punca Syarif dan Said iaitu Sidi Muhammad Al Ghali yang ditanam kembar dengan Saidatina Khadijah.


SANAD SELAWAT FATIH YANG KEDUA


Telah zahir Selawat Fatih sebelum Syekh Tijani melalui Sidi Muhammad Mustafa Al Bakri Siddiqi.


Syeikh Tijani ambil sanad selawat Fatih dengan sanad yang biasa dan lama melalui daripada SIDI MAHMUD ALQURDI AL MISRI Qutub A’zam tanah Mesir dan ambil daripada gurunya SIDI MUHAMMAD AL HAFNI (Syeikhul Azhar) beliau juga Qutub dan Ketua Azhar pada zamannya dan ambil daripada gurunya Sidi Muhammad Mustafa Al Bakri Siddiqi yang  khalwat 17 Tahun di Kaabah untuk mengeluarkan Selawat Fatih daripada Hadrah Allah dengan mujahadah dan tawajuhnya.

 

سيدي محمد مصطفى البكري الصديقي

سيدي محمد بن سالم بن أحمد الحفني الأزهري

سيدي محمود الكردي المصري الخلوتي

القطب المكتوم و الختم المحمدي المعلوم سيدنا و مولانا أحمد التجاني الحسني


● Ketahuilah Selawat Fatih sampai ke Tanah Melayu sebelum sampai ke Tanah Maghribi. 

Sidi Mustafa Al Bakri As Siddiqi ada khalifahnya di Madinah iaitu ( Syeikh Muhammad bin Abdul Karim As Samman ) Tuan kepada Tariqah Samaniah Khalwatiah dan khalifahnya di Mesir (Syeikh  Muhammad Al Hafni)


● Antara Syeikh Samman dan Syekh Mustafa Bakri tidak jauh jaraknya seperti Sayyidi dengan Ust Bakri.


Selawat Fatih sampai ke Tanah Maghribi selepas Syeikh Muhammad Al Hafni iaitu anak muridnya Sidi Muhammad bin Abdi Rahman Zuwawi Al Maghribi yang membawa selawat Fatih kepada Tanah Maghribi.












Selawat Dan Salam Buat Junjungan Baginda Nabi Muhammad

Mari kita pakat bersedia bawa bekalan bila kematian menjelma. Bawa bekalan Selawat banyak-banyak agar di alam kubur sana kita aman bahagia dan di alam akhirat kita mendapat syafa'at Baginda Nabi Muhammad serta bersama dengan Baginda di syurga yang penuh kenikmatan. Insya Allah.


https://youtube.com/shorts/A0UaoKSNK7k





Selawat Dan Salam Buat Junjungan Baginda Nabi Muhammad


صَلَّى اللّٰهُ عَلَى مُحَمَّد

صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم

 

صَلَّى اللّٰهُ عَلَى مُحَمَّد

صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم

 

صَلَّى اللّٰهُ عَلَى مُحَمَّد

صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم

 







Kerana Kasih Ku Pada Nabi Muhammad Semata-Mata

 



Ahli Selawat itu adalah pilihan Allah, Allah memilih mereka yang dapat menyebut dan mendoakan akan kekasihNya iaitu Nabi ﷺ. 


Tidak pelik seorang itu dapat selawat berbelas belas ribu seharian bahkan berpuluh-puluh ribu secara istiqomah, kerana itu adalah pilihan Allah. Jikalau tanpa taufiq daripadaNya, nescaya satu selawat pun tidak mampu diucapkan. 


Sangat beruntunglah bagi mereka yang dipilih oleh Allah iaitu dengan dapat mendoakan Nabi ﷺ sebanyak-banyaknya secara istiqomah, kerana kebaikan selawat itu akan kembali kepada diri orang yang mengamalkannya. 


Apabila seorang itu hendak sucikan hatinya, maka lazim atasnya memperbanyakkan selawat sehingga hatinya dipenuhi dengan Anwar Mahabbah (Cahaya-cahaya Kecintaan) dan Tazkiyah an-Nufus, Kerana selawat yang diucapkan itu juga dapat membersihkan dosa-dosa yang telah lalu dan yang adalah terpenting sekali tatkala selawat itu adalah seorang hamba itu mestilah memandang bahawasanya dirinya dapat mengucapkan selawat itu adalah kurniaan Taufiq daripada Allah dan pilihan Allah serta lenyap memandang keakuan dirinya. 


Kerana sahnya ikhlas itu adalah dengan melepaskan diri daripada nampak haul dan quwwah dirinya dan makhluk. 


صحح إخلصك بالتبر من الحول والقوة


Sahkan Ikhlasmu itu dengan melepaskan diri daripada nampak haul dan quwwah 


Jalan untuk mendapatkan kasih dan rahmat Tuhan itu adalah dengan memperbanyakkan selawat serta tahqiq amalmu itu dengan haq-haq 'ubudiyyah (Sifat Kehambaan). Sesiapa yang mendapatkan cinta daripada Allah, maka beruntunglah orang itu dan seluruh penduduk langit dan bumi pasti akan mencintainya juga, dan adapun yang tidak mencintai mereka yang dikasihi Allah itu, adalah mereka itu daripada kalangan yang memusuhi akan kekasihNya.



https://youtube.com/shorts/A0UaoKSNK7k






Selawat Al Fatih 1 Jam Non Stop


Selawat Fatih – Permata Yaqut Yang Sangat Berharga


 اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدِ نِ الْفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ وَالْهَادِى إِلَى صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيمِ.


Ertinya: “Ya Allah rahmatilah Penghulu kami Nabi Muhammad yang membuka apa yang tertutup dan yang menutupi apa-apa yang terdahulu,penolong kebenaran dengan kebenaran yang memberi petunjuk ke arah jalan yang lurus, dan kepada keluarganya, sebenar-benar kemuliaan padanya dan kedudukan yang amat mulia.”


Selawat ini disusun oleh al-‘Arif al-Kabir Sayyid Muhammad al -Bakri, salah seorang dari keturunan Rasulullah SAW.


Selawat al-Fatih adalah salah satu ciri khas dari Tarekat Tijani. Di antara keistimewaan selawat Fatih ialah lafaznya yang tidak menyimpang dari ayat atau kandungan Al quran, tetapi harus diingat bahawa Selawat al-Fatih bukan sebahagian dari ayat Al quran.


Syeikh Ahmad Tijani ra. belum pernah memberi suatu pernyataan sedikitpun bahawa Selawat al-Fatih itu sebahagian dari ayat Al-Quran, kitabullah, hadis qudsi atau wahyu kenabian. Cuma dinyatakan konteksnya adalah tidak lari dari kandungan ajaran al-Quran dan Hadis.


Beliau juga belum pernah menyatakan Selawat al-Fatih lebih utama dari Al-Quran atau mengimbanginya. Tidak ada satu kalam pun yang melebihi Al quran, begitulah yang ditegaskan oleh Syeikh Ahmad Tijani.


Selawat kepada Nabi Muhammad SAW ada yang menggunakan wasallam /wasallim dan ada yang tidak menggunakannya.


Ketika Syeikh Ahmad bin Muhammad ditanya; Mengapa Selawat al-Fatih tidak ada wasallim-nya ?


Beliau menjawab;

“Haakazaa minal ghaaib” (demikianlah dari al-ghaib).

.

Kisah Yang Pernah Diberitakan


Lama sekali Al-Qutb Asy-Syeikh Muhammad bin Abil Hasan Al-Bakri As-Siddiq beribadah, munajat dan mohon kepada Allah SWT agar diberi selawat yang mana pahala, sirr, faedah dan keistimewaan semua selawat masuk di dalamnya. Kemudian malaikat datang membawa kain bertuliskan Selawat al-Fatih dengan tulisan cahaya, sebab itu diberi nama Selawat Al-Bakriyah sebagaimana juga diberi nama Al- Yaaqutatul Faridah (Permata Yaqut) yang tidak ada duanya, tetapi kemudian terkenal dengan Selawat al-Fatih.


Setelah 16 tahun (1180-1196 H) dalam usia 46 tahun Al-Qutbul Maktum Asy- Syeikh Ahmad bin Muhammad bin Asy-Syarif Al-Hasani At-Tijani ra. berjumpa Sayyidul Wujud SAW dalam keadaan jaga tidak dalam tidur/mimpi dan diberi ijazah Selawat Al-Fatih dan diberi penjelasan tentang pahalanya, sirr-nya, faedahnya dan keistimewaannya juga tingkatan memberi ijazah pada orang lain.


Dan telah berkata Abul Abbas Tijani ra; “Talqinlah/ijazahlah manusia dengan selawat fatih, supaya mereka mati dalam keimanan.”


Selawat Fatih ini dinamakan akannya ‘Selawat Ahli Bait’ juga dinamakan dengan ‘Selawat yang membuka akan rahsia Hakikat Muhammadiah’ dan tidak terkecuali dinamakan dengan ‘Ibu Selawat’. (sekadar makluman kepada para pengamalnya)


Bermimpi Rasulullah dengan Selawat Al- Fatih


Bermimpi melihat Rasulullah adalah haq, di dalam Hadits dijelaskan;


“Barangsiapa yang melihatku dalam mimpi, dia benar-benar melihatku. Karena syaitan tidak mampu meniru rupa diriku.” (HR.Bukhari dan Muslim)


Dalam hadis lain yang artinya; “Barangsiapa melihatku dalam mimpi maka dia benar benar telah melihatku.”


Salah satu cara berjumpa Rasulullah dalam mimpi iaitu dengan membaca Selawat Al-Fatih yang terdapat didalam Kitab Maghnatisul Qabul Fil Wushul Ila Ru’yati Sayyidina Rasul karya Syaikh Hasan Muhammad Syiad Ba’Umar.


Keistimewaan Buat Para Pengamalnya


Selawat Fatih juga mempunyai keistimewaan yang tersendiri seperti mana yang telah disusun oleh para ulama terdahulu di antaranya;


Berkata sebahagian ulama Maghribi, sekali berselawat dengan Selawat Fatih menyamai 10,000 atau 600,000 yang lain.


Dibaca 11 kali selepas solat fardhu, Allah akan mengampunkan dosa-dosa kecil dan aman tenteram jiwanya.


Dibaca 21 kali setiap hari, luas rezeki dan keluarganya selamat dari kesusahan.


Sesiapa beristiqamah berselawat Fatih selama 40 hari berturut, dosanya akan diampuni Allah.


Sesiapa mengamalkan dengan istiqamah, nescaya akan terbuka rahsia keajaiban, menghilangkan dukacita, mendapat hidayah dan tercapai segala hajat. Beliau akan menjadi ahli syurga walaupun hanya membacanya sekali seumur hidupnya.


Kebanyakan daripada arifin menyebut bahawasanya selawat ini dapat membukakan asrar (rahsia) ajaib yang terhairan oleh akal sesiapa yang dapat membacanya 100 kali setiap hari.


Sesungguhnya sesiapa yang tekun membacanya setiap hari 100 kali dibukakan baginya banyak daripada hijab. Dan hasil baginya daripada anwar. Dan ditunaikan segala keinginannya; dengan qadar yang tidak diketahui melainkan oleh Allah Ta’ala.


Sesiapa yang berselawat dengan Selawat Fatih ini sekali dalam hidupnya nescaya tidak akan dijilat api neraka.


Sesiapa membacanya 1,000 kali pada malam Khamis dan Jumaat atau Isnin akan dihimpunkan bersama-sama Nabi Muhammad SAW.









Pengalaman Mengamal Selawat Fatih / Al Fatihi Limaa Ughliqa

 




SELAWAT FATIH


 
اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدِ نِ الْفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ وَالْهَادِى إِلَى صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيمِ.


“Allahumma solli ‘alaa sayyidinaa Muhammadinil faatihi limaa ughliqa, wal khaatimi limaa sabaqa naasiril haqqi bil haqqi walhaadii ilaa siraatikal mustaqiimi, wa 'ala aalihi haqqa qadrihii wamiqdaa rihil ‘adziim.”


Ertinya:


Ya Allah limpahkanlah rahmat keatas junjungan kami Nabi Muhammad yang membuka kunci sesuatu yang dikunci dan penyudah bagi Nabi yang terdahulu daripadanya dan yang menolong (membela) kebenaran dengan kebenaran dan memberi petunjuk ke jalan yang benar dan lurus dan kurniakanlah rahmat dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat sahabatnya dengan kurnia yang layak dengan kadarnya dan makamnya yang mulia .”


Ringkasan Sejarah


Selawat al- Fateh adalah berasal daripada al-Qutub Sayyid Muhammad Syamsuddin bin Abul Hasan al-Bakry r.a. yang mendapat ilham kurniaan setelah bermunajat pada Allah SWT selama 18 tahun di Makkah. Selawat ini juga di sebut penghulu segala selawat kerana mengandung rahsia segala selawat dan rahsia zikir dan nama nama Allah yang maha agung.


KEUTAMAAN SELAWAT FATIH


- Menghapus dosa selama 400 tahun

 

Membaca selawat Fatih sebanyak *100 kali pada malam Jumaat* dipercaya dapat menghapus dosa-dosa selama 400 tahun. Fadhilat ini tentu sangat di idamkan setiap umat muslim.

 

- Memperoleh pahala yang menyamai ibadah para wali

 

Lagi-lagi, fadhilah selawat Fatih terletak pada jumlah pahalanya yang berlimpah. Membaca selawat Fatih sebanyak 10 kali pada malam Jumaat maka pahalanya setara dengan ibadah para wali selama 1 juta tahun.

 

- Menetapkan iman

 

Fadhilah selawat Fatih yakni dapat menetapkan iman seseorang. Menurut beberapa ulama, barang siapa yang membaca selawat Fatih secara rutin maka imannya akan dikuatkan dan menetap hingga akhir ajalnya. Dan ia meninggal dalam kondisi yang baik (husnul khotimah).

 

- Mempermudah datangnya hidayah

 

Fadhilah selawat Fatih yang berikutnya yakni mempermudah datangnya hidayah. Menurut beberapa ulama, seseorang yang membaca selawat Fatih selama 40 hari berturut-turut maka ia akan tergerak hatinya untuk melakukan taubat dari segala kemaksiatan.

.

Selawat Fatih 100 Kali - Membuka Rahsia Asrar Yang Ajaib

.

Usahakan membaca selawat Fatih 11x selepas setiap kali solat fardhu lima waktu. Insya Allah. 








Amalan Selawat 40 Hari Berterusan

Makin kita berumur, ibadah kena banyak, zikir kena banyak. Makin kita berumur, SELAWAT ke atas junjungan Nabi Muhammad kena banyak. Makin kita berumur, akhlak dan adab kita kena jaga. 



Amalan 40 Hari Berterusan 

Dalam Darah Manusia Terdapat 150,000 Titik

100 Kali Selawat Barulah Dapat Membersihkan Kekotoran Pada Satu Titik Darah. 

Jadi Darah Kejinan Wajiblah Dicuci Dengan Selawat Nabi Sebanyak 5.1juta Kali Untuk Membersihkannya Menjadi Sebaik-Baik Darah Kekasih Allah. 

Untuk Permulaan Mendapatkan Kekuatan Iman, Kita Perlu Berselawat Sebanyak 40,000 Selama 40 Hari

Siapkan 500x Selepas Subuh dan 500x Selepas Asar Setiap Hari. Insya Allah Sesuatu Yang Ajaib Akan Berlaku. 

Hati Anda Akan Terpaut Dengan Rasulullah Saw Dan Para Ahlullah. 

Jalan Mendekatkan Diri Kepada Tuhan Menjadi Mudah. 

Urusan Dunia Di Permudahkan. .





Nota Admin :

Untuk mencapai bilangan selawat yang banyak dalam sehari, perlu lah anda pilih selawat yang pendek sahaja. Seperti selawat Jibril atau selawat Nabi Khidir, ataupun selawat Ratibul Haddad.

Selawat yang mempunyai gandaan pahala itu lain cerita. 















Selawat Azimiyyah - Lafaz Dan Kelebihannya Yang Besar


Selawat ini merupakan salah satu wirid dari aurad bagi Tarekat Ahmadiah Idrisiyyah. Selawat Azimiah ini sangat besar fadhilatnya.



Kelebihan Selawat Azimiah


Sheikh Ibrahim ar-Rashid, beliau berkata (mengenai kelebihan membaca Selawat Azimiah sekali): "Ini melebihi (selawat) Dala-il al-Khayrat oleh seribu ribu ribu ribu ribu kali." Dia berkata, "seribu" 20 kali.

1 kali baca Selawat Azimiah adalah bersamaan baca 20,000 kali baca Selawat Dala-ilul Khairat. Selawat Dala-ilul Khairat ialah satu kitab tebal yang menghimpunkan beratus-ratus jenis selawat yang muktabar.

Kitab Selawat Dala-ilul Khairat, Selawat setebal 225 muka surat. Nak khatamkannya mengambil masa seminggu, baru dapat dikira 1 kali baca Selawat Dala-ilul Khairat.

Tapi 1 kali baca Selawat Azimiah bersamaan dengan baca 20,000 kali Selawat Dala-ilul Khairat.





Kisah Pengalaman Kesan Amalan Selawat al-Azimiyyah

Telah diceritakan di dalam sebuah riwayat: Seorang anak murid asy-Syaikh Ahmad ibn Idris telah meninggal dunia di Makkah al-Mukarramah dan telah dikebumikan di perkuburan al-Ma‘la (yang juga disebut sebagai al-Mu‘alla).

Seorang ahli kasyaf daripada kalangan sahabat-sahabat si mati berada di situ sewaktu si mati sedang dikebumikan, dan telah memerhatikan beberapa perkara yang sedang berlaku di alam ghaib. Dia telah melihat seorang malaikat turun ke bumi membawa satu hamparan indah dari syurga dan satu lampu yang sangat terang benderang. Kubur si mati itu telah diluaskan sejauh mata memandang dan hamparan itu telah diberikan kepada si mati dan lampu yang terang benderang itu pula telah didirikan di sisinya.

Maka si ahli kasyaf itu telah berkata-kata kepada dirinya sendiri, “Apakah sebabnya si mati ini mendapat penghormatan yang sebegitu besar sehingga disuruh malaikat ini turun?” Maka telah dikatakan kepada si ahli kasyaf itu, “Sesiapapun di antara engkau sekelian boleh menerima penghormatan seperti ini dengan mengamalkan Selawat al-‘Azimiyyah, yang telah diajarkan oleh asy-Syaikh Ahmad ibn Idris.”

Telah berkata asy-Syaikh Muhammad ibn Ahmad ad-Dandarawi mengenai kelebihan selawat ini:

Hendaklah engkau sekelian menghafalkan selawat yang mulia ini sebagaimana engkau sekelian menghafalkan Surah al-Fatihah. Sesungguhnya, bagi sesiapa yang menghafalkannya, apabila dia mati, akan diluaskan kuburnya seluas jarak di antara langit dan bumi (sejauh perjalanan) 500 tahun. Dan akan dibentangkan di sisinya permaidani-permaidani dari syurga, dan diterangkan kuburnya hingga ke Hari Kiamat.

Telah berkata pula asy-Syaikh Muhammad Thahir ar-Rasyidi al-Ahmadi:

Kelebihan selawat al-‘Azimiyyah yang telah diajarkan oleh asy-Syaikh Ahmad ibn Idris ialah, jika ia dibaca sebanyak 12 kali dan dihadiahkan pahalanya kepada mayat yang telah berlebih-lebihan ke atas dirinya, nescaya dia akan dipindahkan oleh Allah ke dalam golongan orang-orang yang menerima nikmat daripada Allah, yakni golongan al-anbiya, as-siddiqin, asy-syuhada dan as-solihin, dan mereka adalah sebaik-baik teman, kerana berkat ketinggian martabat selawat ini.

Kesahihannya telah pun dibuktikan oleh mereka daripada golongan ahli kasyaf dan ahlillah, dengan penyaksian dan penglihatan rohani.

Pahala dan ganjaran selawat al-Azimiyyah akan sentiasa berkekalan di dunia dan di akhirat. Tiadalah akan putus pahalanya, dan andaikata seseorang itu sudah masuk ke dalam syurga sekalipun.

Bahkan pahalanya digandakan dengan penggandaan tanpa hisab, kerana kata-kata di dalam selawat itu, “dengan selawat yang berkekalan dengan kekekalan Allah Yang Maha Agung”. Dan sesungguhnya, kekekalan Allah Yang Maha Agung itu tiadalah ia mempunyai akhirnya. Maka selawat ini pun kekal selama-lamanya. Maka penggandaan pahala bagi selawat ini diberikan di dunia, di alam barzakh, di padang mahsyar, dan juga di dalam syurga. Dan ia tidak akan sekali-kali hilang.

Telah berkata lagi asy-Syaikh Muhammad ibn Ahmad ad-Dandarawi mengenai kelebihan selawat ini:

Kelebihan selawat ini bagi sesiapa yang banyak membacanya ialah ia membolehkan si pembaca berjumpa dan berkumpul dengan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam (di kala mimpi dan jaga).




Rahsia Selawat Azimiah.

Ilmu dari Sidi Ahmad.
  • Ditarbiah oleh Rasulullah SAW.
  • Disukai oleh ahli keluarga Rasulullah SAW, sehingga nak buat anak angkat dan di izin 'jadi ahli keluarga' Baginda SAW.
  • Rahsia wajmak/berkumpul dengan Nabi SAW.
  • Rahsia nur wajah Allah dan Nur Muhammadiah.
  • Kesan atau natijah Selawat Azimiah, mahabbah Allah dan Rasul SAW.
  • Jin-jin tak boleh nak sebut apabila nak sebut bunyi "grrrrrrrrrrrr grrrrrrrrrrrr". Jika kita berjalan dan ada kumpulan jin dekat kita lalu mereka berkata sesama mereka, "awas dia tu amal Selawat Azimiah".
  • Dapat syafaat Nabi SAW masa hidup, masa nak mati dan di akhirat.
  • Nabi SAW terus hadir siapa-siapa yang baca Selawat Azimiah, sambil berkata: teruskan teruskan aku suka dengar kamu baca selawat anak ku Ibnu Idris.
  • Berhimpun dgn Nabi SAW dengan 4 perhimpunan.
  • Selawat Azimiah boleh dipecahkan kepada 5 bahagian, iaitu Nur, Rahmat, Ta'zim, Berhimpun dan Hakikat Muhammadiah.

Baca 1 kali setiap lepas solat fardu, paling kurang. Boleh juga 100 kali sehari dan maksimanya 2,000 kali sehari.




Ustaz Haji Sa'ari B. Hussein 






Catatan:

Sayyid Habib Al-Haddar Muhammad Al-Haddar mengatakan : "Barang siapa membaca selawat Azhimiyyah 3 kali, maka dia akan mimpi bertemu Nabi SAW".


Sayyid Muhammad Alwi al-Maliki berkata : " Barang siapa membacanya sebanyak 7 kali sebelum waktu shubuh, maka ia dapat berguna untuk mimpi bertemu Nabi SAW". (Habib Husin Muhammad Syadad bin Umar, Do'a-do'a bertemu Nabi SAW, hal. 146, Pustaka Hidayah)


Habib Ahmad bin Hasan Ra. berkata: "Aku memberi salah seorang sadah (keturunan ahlul bait) ijazah untuk membaca selawat ini, setelah ia meninggal dunia, aku mimpi bertemu dengannya, ia berkata kepadaku : 'ketika jasadku diletakkan di kubur, datang makhluk yang menakutkan dari alam barzakh. Selawat Agung (Azhimiyyah) ini melindungiku hingga lenyaplah rasa takut dari hatiku".


Ada sebuah peristiwa menakjubkan sehubungan dengan selawat ini.

Al-Arif billah Habib Abu Bakar bin Abdullah 'Atthas memperoleh selawat ini dari sayyid Ahmad bin Idris secara langsung. Beliau lalu menulis selawat ini dan menyimpannya dalam tas pakaian. sewaktu berlayar dilaut, seorang darwis ahli sir batin dan kasyaf melihat cahaya keluar dari tas Habib Abu Bakar hingga ke langit. Ia lalu memberitahukan apa yang dilihatnya kepada Habib Au Bakar. habib abu Bakar berkata kepadanya, " Tas ku ini hanya berisi pakaian dan selawat". Habib Abu Bakar lalu menunjukan selawat itu kepada si Darwisy.

Sayid Ahmad Syarif as-Sanusi Ra. meriwayatkan bahawa Sayid Muhammad bin Ali as-Sanusi Ra. suatu ketika menerangkan keutamaan membaca Selawat ‘Azhimiyyah, bahawa sesungguhnya membaca Selawat ‘Azhimiyyah sekali menandingi bacaan Kitab Selawat Dala-ilul Khairat sebanyak 33.333 kali. Ditanyakan mengapa demikian? Karena keutamaan Selawat ‘Azhimiyyah itu disebabkan keutamaan para Guru-guru Ra. (yang meriwayatkannya).


الصلاة العظيمية 
سيدى احمد بن ادريس رضى الله عنه

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ بِنُورِ وَجْهِ الله الْعَظِيمِ الَّذِي مَلأَ أَرْكَانَ عَرْشِ الله الْعَظِيمِ وَقَامَتْ بِهِ عَوَالِمُ الله الْعَظِيمِ أَنْ تُصَلِّيَ عَلَى مَوْلاَنَا مُحَمَّدٍ ذِي الْقَدْرِ الْعَظِيمِ وَعَلَى آلِ نَبِيِّ الله الْعَظِيمِ بِقَدْرِ ذَاتِ الله الْعَظِيمِ فِي كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَد مَا فِي عِلْمِ الله الْعَظِيمِ صَلاَةً دَائِمَةً بِدَوَامِ الله الْعَظِيمِ تَعْظِيماً لِحَقِّكَ يَا مَوْلاَنَا يَا مُحَمَّدُ يَا ذَا الْخُلُقِ الْعَظِيمِ وَسَلِّمْ عَلَيْهِ وَعَلَى آلِهِ مِثْلَ ذَلِكَ وَاجْمَعْ بَيْنِي وَبَيْنَهُ كَمَا جَمَعْتَ بَيْنَ الرُّوحِ وَالنَّفْسِ ظَاهِراً وَبَاطِناً يَقَظَةً وَمَنَاماً وَاجْعَلْهُ يَا رَبِّ رُوحاً لِذَاتِي مِنْ جَمِيعِ الْوُجُوهِ فِي الدُّنْيَا قَبْلَ الآخِرَةِ يَا عَظِيمُ .

Allaahumma innii as ‘aluka bi nuuri wajhillaahil ‘Azhiim. Wa qoomat bihii ‘awaalimullahil ‘azhiim. Antusolliya ‘alaa mawlaanaa Muhammadin dzil qodril ‘Azhiim. Wa ‘alaa aali Nabiyyillahil ‘azhiim. Biqodri ‘azhomati dzaatillahil ‘azhiim. Fii kulli lamhatiw wanafasin ‘adadama fii ‘ilmillahil ‘azhiim. Solaatan daa ‘imatanm bidawaamillaahil ‘azhiim. Ta’zhiimal lihaqqika yaa mawlaanaa yaa Muhammad yaa dzal khuluqil ‘azhiim. Wasallim ‘alayhi wa ‘alaa aalihii mitsla dzaalik. Wajma’ baynii wabaynahuu kamaa jama’ta baynar ruuhi wanafs, zhoohirow wabaathinaa, yaqhzhotaw wamanaamaa. Waj’alhu yaa Robbi ruuhal lidzaatii min jamii’il wujuuhi fid dunyaa qoblal aakhiroti yaa ‘Azhiim. 

Ertinya : 

Yaa Allah sesunggguhnya aku memohon kepadaMu dengan cahaya Wajah Allah Yang Agung. Yang memenuhi tiang-tiang Arasy Allah Yang Agung. Dan dengannya berdirilah alam-alam (ciptaan) Allah Yang Agung. Agar selawat tersampaikan atas pelindung kami, Muhammad SAW, yang memiliki derajat yang Agung. Dan atas keluarga nabi Allah Yang Agung. Dengan ukuran Keagungan Zat Allah yang Agung. Disetiap kedipan dan nafas, sebanyak apa yang termaktub dalam Ilmu Allah Yang Agung. Selawat yang sentosa dengan Kekekalan Allah Yang Agung. (sebagai) pengagungan terhadap Haq (kebenaran) engkau wahai Muhammad, yang memiliki akhlak (perangai) yang Agung. Dan salam atas beliau SAW serta keluarganya, semisal yang demikian itu . dan satukanlah aku dengan Beliau sebagaimana engkau satukan ruh dengan nafas, secara zhahir dan batin, dalam keadaan terjaga (sedar) atau tidur (mimpi). Dan jadikanlah beliau yaa Tuhanku, sebagai ruhani jiwaku, di setiap arah, di dunia ini sebelum (datangnya) hari akhir, wahai Zat yang memiliki Keagungan. 





Berkat Selawat - 70,000 Ahli Kubur Di Ampuni Dosanya


Di kisahkan bahawasannya ada seorang wanita datang kepada Imam Hasan Al Basri, lalu dia berkata kepada beliau,”puteriku telah wafat dan aku ingin melihatnya di dalam tidur (bermimpi), maka Imam Hasan berkata kepada wanita itu: 

"Solatlah 4 raka’at setelah isya, dan bacalah Alhakumu (at-Takatsur) satu kali, kemudian berbaringlah dan bersolawatlah kepada Nabi saw sampai engkau tertidur.

Maka perempuan itu melakukannya, lalu dia melihat putrinya dalam mimpi dalam keadaan disiksa dengan terantai dan terbelenggu. lalu perempuan itu datang kepada imam Hasan dan mengabarkan pada beliau tentang mimpinya tersebut.

Maka Imam Hasan bersedih, dan beliau berkata kepada wanita itu: "bersedekahlah untuk putri anda"

Lalu wanita itu melakukannya, kemudian Imam Hasan pada malam harinya bermimpi seakan-akan beliau berada di satu taman dari taman-taman syurga, dan di sana terdapat singgasana yang di atasnya ada seorang anak perempuan yang cantik, dan di atas kepalanya terdapat mahkota dari cahaya.

Lalu anak perempuan itu berkata: "apakah anda mengenaliku"? imam Hasan menjawab: "tidak" 

Lalu anak perempuan itu berkata: "aku adalah anak perempuan wanita itu" lalu imam Hasan berkata: "bukan begini yang diceritakan oleh ibumu mengenai keadaan dirimu.

Lalu anak perempuan itu berkata: "keadaanku memang seperti itu (yang diceritakan ibuku) lalu imam Hasan bertanya:" kemudian dengan sebab apa engkau bisa sampai begini?

Anak perempuan itu berkata: "tadinya kami ada 70 ribu jiwa didalam siksaan itu, kemudian lewatlah salah satu orang soleh di atas kuburan kami, dan beliau bersolawat atas Nabi saw. satu kali, dan menjadikan pahala bersolawat itu untuk kami. maka Allah membebaskan kami dari siksaan tersebut, dan sampailah bagianku pada kedudukan seperti yang anda lihat. (ats~tsiimarul yani’a-syekh Nawawi al Bantani)
Tidak akan rugi orang yg selalu bersholawat kepada Nabi.




Amalan Selawat - Ibadah Pasti Di Terima


 

Seorang murid pernah bertanya kepada Syaikh Ali Jum’ah, Mufti Mesir: “Syaikh, dalam buku Anda tertulis bahwa membaca shalawat adalah satu-satunya ibadah yang pasti diterima oleh Allah. Apakah benar demikian? Mohon penjelasannya.”

Syaikh Ali Jum’ah menjawab:

“Ya benar, saya menulis demikian. Bershalawat Nabi adalah amalan yang pasti diterima oleh Allah. Jika kamu bersedekah, dan kamu ingin dipuji, maka sedekahmu sia-sia. Begitu pula jika kamu shalat karena ingin diperhatikan manusia, shalatmu tanpa pahala. Tapi jika kamu bershalawat, walaupun kamu riya, kamu tetap akan mendapatkan pahala, karena shalawat berhubungan dengan Nabi Allah yang agung, yaitu Nabi Muhammad Saw.” 

Shalawat, Satu-satunya Ibadah yang Pasti Diterima 

Dalam kitab al-Fawaid al-Mukhtarah, Syaikh Abdul Wahab asy-Sya’roni meriwayatkan bahwa Abul Mawahib Imam asy-Syadzili berkata:

“Aku pernah bermimpi bertemu Baginda Nabi Muhammad SAW. Aku bertanya, “Ada hadits yang menjelaskan sepuluh rahmat Allah diberikan bagi orang yang berkenan membaca shalawat, apakah dengan syarat saat membaca harus dengan hati hadir dan memahami artinya?”

Nabi SAW. menjawab, “Bukan, bahkan itu diberikan bagi siapa saja yang membaca shalawat meski tidak faham arti shalawat yang ia baca.”

Allah Swt. memerintahkan para malaikatNya untuk senantiasa memohonkan doa kebaikan dan ampunan bagi orang tersebut (yang membaca shalawat).

Terlebih jika ia membaca dengan hati yang hadir, pasti pahalanya sangat besar, hanya Allah yang mengetahuinya.

Bahkan, ada sebuah keterangan apabila kita berdoa tidak dimulai dengan memuja Allah Swt., tanpa membaca shalawat, kita disebut sebagai orang yang terburu-buru.

Baginda Nabi SAW mendengar ada seseorang yang sedang berdoa tapi tidak dibuka dengan memuja Allah SWT dan tanpa membaca shalawat, Nabi SAW bersabda, “Orang ini terburu-buru.”

Kemudian Nabi SAW mengundang orang itu, lalu ia atau orang lainnya dinasehati, “Jika diantara kalian berdoa, maka harus diberi pujian kepada Allah Swt., membaca shalawat, lalu berdoalah sesuai dengan apa yang dikehendaki.” (HR. Abu Daud dan at-Tirmidzi)

Apalagi jika bertepatan dengan hari Jum’at, maka perbanyaklah membaca shalawat di dalamnya. Karena Nabi SAW bersabda dalam sebuah hadits:

“Hari yang paling mulia adalah hari Jum’at, maka perbanyaklah shalawat di hari itu, karena shalawat kalian dihaturkan kepadaku.” 

Ulama sepakat bahwa shalawat pasti diterima, karena dalam rangka memuliakan Rasulullah SAW Ada penyair yang berkata:

“Senantiasalah membaca shalawat, sebab shalawat pasti diterima. Adapun amal yang lain mungkin saja diterima atau ditolak, kecuali shalawat pasti diterima.”

Shalawat Penghantar Ma’rifat

“Ketahuilah bahwa sesungguhnya para ulama telah sepakat atas diwajibkannya membaca shalawat dan salam untuk Baginda Nabi Muhammad SAW. Kemudian mereka berselisih pendapat mengenai kapan kewajiban ini harus dilakukan.

Menurut Imam Malik, cukup satu kali dalam seumur hidup. Menurut Imam Syafi’i, wajib dibaca pada waktu tasyahud akhir dalam setiap shalat fardhu. Menurut ulama lainnya, wajib dibaca satu kali dalam setiap majelis.

Ada juga ulama yang berpendapat wajib membaca shalawat setiap kali mendengar nama Nabi SAW disebut. Dan ada juga yang mengatakan untuk memperbanyak shalawat tanpa dibatasi bilangan tertentu.

Secara umum, membaca shalawat kepada Nabi Saw. merupakan hal yang sangat agung dan keutamaannya sangat banyak.” “Membaca shalawat merupakan bentuk ibadah yang paling utama dan paling besar pahalanya.

Sampai-sampai sebagian kaum ‘arifin mengatakan: “Sesungguhnya shalawat itu bisa mengantarkan pengamalnya untuk ma’rifat billah meskipun tanpa guru spiritual (mursyid). Karena guru dan sanadnya langsung melalui Nabi SAW.” Ingat, setiap shalawat yang dibaca seseorang selalu diperlihatkan kepada Nabi SAW. dan beliau Nabi SAW membalasnya dengan doa serupa.

Hal ini berbeda dengan dzikir-dzikir (selain shalawat) yang harus melalui guru spiritual (mursyid), yang sudah mencapai maqam ma’rifat. Jika tidak demikian maka akan dimasuki setan dan pengamalnya tidak akan mendapat manfaat apapun.” (Hasiyah ash-Shawi ‘ala al-Jalalain juz 3 hlm. 287).

Abdurrahman bin Samrah meriwayatkan sebuah hadits yang dituturkan oleh Sa’id bin al-Musayyab, bahwa Nabi SAW bersabda, “Kulihat seorang dari umatku berjalan di atas shirath, kadang merangkak-rangkak dan kadang bergelantung.

Kemudian datanglah shalawat (yang diucapkannya dahulu ketika hidup di dunia) lalu membangunkannya hingga dapat berdiri dan berjalan dengan kakinya, lalu ia diselamatkan oleh shalawatnya.” (HR. Abu Musa al-Madini dalam at-Targhib wa at-Tarhib, hadits hasan jiddan). Wasiat-Nasehat Para Ulama tentang Shalawat Imam Abul Hasan asy-Syadzilli pernah berkata, “Di akhir zaman tidak ada amalan yang lebih baik daripada bershalawat kepada Rasulullah SAW.”

Imam Ibnu Hajar al-Asqalani menyatakan, “Tidak tertolak shalawat atas Nabi SAW.” Al-Hafidz asy-Syaraji berkata, “Semua dzikir tidak diterima kecuali dengan khusyuk dan hadir hatinya kecuali shalawat, maka akan diterima meskipun tanpa khusyuk dan hadirnya hati.

Karena itu Abul Hasan al-Bakri berpesan: “Seharusnya tiap hari seseorang jangan kurang membaca shalawat dari 500 kali.”

Syaikh Abdul Qadir al-Jailani pernah berwasiat, “Dengan membaca shalawat, seorang hamba dapat meraih keridhaan Allah Swt., memperoleh kebahagiaan dan restu Allah Swt., berkah-berkah yang dapat dipetik, doa-doa yang terkabulkan, bahkan dia bisa naik ke tingkatan derajat yang lebih tinggi, serta mampu mengobati penyakit hati dan diampuni dosa-dosa besarnya.”

Adapun Syaikh Ibn Athaillah as-Sakandari berkata, “Siapa yang (merasa) tidak memiliki amalan shalat dan puasa yang banyak untuk menghadap Allah di hari kiamat, maka hendaknya ia perbanyak membaca shalawat serta salam kepada Nabi Muhammad SAW.” Al-Quthb al-Imam al-Habib Abdullah bin Alwi al-Haddad menyebutkan bahwasanya para ulama berkata, “Satu shalawat dari Allah cukup untuk seorang hamba, dunia dan akhirat.”

As-Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki pernah berpesan, “Jangan tinggalkan membaca shalawat kepada Rasulullah SAW. Karena bacaan shalawat itu merupakan kunci segala kebaikan dan pintu segala keutamaan untuk agama, dunia dan akhirat.”

Al-Habib Umar bin Hafidz mengatakan, “Sesungguhnya apabila engkau melakukan ketaatan kepada Allah seumur hidupmu, bahkan Allah berikan di atas umurmu adalah umurnya seluruh manusia untuk digunakan dalam ketaatan kepadaNya, maka sesungguhnya lebih hebat satu shalawat dari Allah Swt."

Muhasabah Diri dan Teruskan Berselawat