Rajab, Sya'ban, Ramadhan - Mari Kita Berpuasa 3 Bulan Terus




Bulan Rejab/Rajab merupakan salah satu bulan haram yang ertinya di muliakan.

Ada 4 bulan: Dzulqa'dah, Dzulhijjah, Muharram, dan Rajab

Puasa dalam bulan Rajab, sebagaimana dalam bulan-bulan mulia lainnya, hukumnya Sunat. 

Diriwayatkan dari Mujibah al-Bahiliyah, Rasulullah bersabda "Puasalah pada bulan-bulan haram (mulia)." (Riwayat Abu Dawud, Ibnu Majah, dan Ahmad). 

Hadis lainnya adalah Riwayatnya al-Nasa'i dan Abu Dawud (dan di sahihkan oleh Ibnu Huzaimah): 
"Usamah berkata pada Nabi saw, 'Wahai Rasulullah, saya tak melihat Rasul melakukan puasa (sunat) sebanyak yang Rasul lakukan dalam bulan Sya'ban.' Rasul menjawab: 'Bulan Sya'ban adalah bulan antara Rajab dan Ramadhan yang dilupakan oleh kebanyakan orang.' "
Menurut al-Syaukani (Naylul Authar, dalam perbahasan puasa sunat) ungkapan Nabi "Bulan Sya'ban adalah bulan antara Rajab dan Ramadan yang dilupakan kebanyakan orang" itu secara umumnya menunjukkan bahawa bulan Rajab juga disunatkan melakukan puasa di dalamnya.
"Barang siapa berpuasa pada bulan Rajab sehari maka laksana ia puasa selama sebulan, bila puasa 7 hari maka ditutuplah untuknya 7 pintu neraka Jahannam, bila puasa 8 hari maka dibukakan untuknya 8 pintu syurga, dan bila puasa 10 hari maka digantilah dosa-dosanya dengan kebaikan."
Riwayat al-Thabrani dari Sa'id bin Rasyid: Barangsiapa puasa sehari di bulan Rajab maka laksana ia puasa setahun, bila puasa 7 hari maka ditutuplah untuknya pintu-pintu neraka Jahanam, bila puasa 8 hari dibukakan untuknya 8 pintu syurga, bila puasa 10 hari Allah akan mengabulkan semua permintaannya."
"Sesugguhnya di syurga terdapat sungai yang dinamakan Rajab, airnya lebih putih daripada susu dan rasanya lebih manis dari madu. Barangsiapa puasa sehari pada bulan Rajab, maka ia akan diberi minum dari sungai tersebut".
Riwayat (secara mursal) Abul Fath dari al-Hasan, Nabi saw berkata: "Rajab itu bulannya Allah, Sya'ban bulanku, dan Ramadan bulannya umatku."

Hadis-hadis tersebut dha'if (kurang kuat) sebagaimana ditegaskan oleh Imam Suyuthi dalam kitab al-Haawi lil Fataawi.

Ibnu Hajar, dalam kitabnya "Tabyinun Ujb", menegaskan bahawa tidak ada hadis (baik sahih, hasan, mahupun dha'if) yang menerangkan keutamaan puasa di bulan Rajab. Bahkan beliau meriwayatkan tindakan Sahabat Umar yang melarang mengkhususkan bulan Rajab dengan puasa.

Ditulis oleh al-Syaukani, dlm Nailul Authar, bahawa Ibnu Subki meriwayatkan dari Muhamad bin Manshur al-Sam'ani yang mengatakan bahawa tak ada hadis yang kuat yang menunjukkan sunatnya puasa Rajab secara khusus. 

Disebutkan juga bahawa Ibnu Umar memakruhkan puasa Rajab, sebagaimana Abu Bakar al-Tarthusi yang mengatakan bahawa puasa Rajab adalah makruh, kerana tidak ada dalil yang kuat.

Namun demikian, sesuai pendapat al-Syaukani, bila semua hadis yang secara khusus menunjukkan keutamaan bulan Rajab dan disunatkan puasa di dalamnya kurang kuat dijadikan landasan, maka hadis-hadis yang umum (seperti yang disebut pertamakali di atas) itu cukup menjadi hujah atau landasan. 

Di samping itu, kerana juga tak ada dalil yang kuat yang memakruhkan puasa di bulan Rajab.



Rajab / Rejab 





2 comments

Sungguh beruntung sekali bagi hamba-hambaNya yang menggunakan kesempatan bulan rejab ini berlumba-lumba memperbanyakan amalan ibadat dalam hidupnya sungguh satu rahmat Allah yang terbesar yang dianugerahkan kepada hambaNya denagn mendapat keredhaanNya yang besar dan rugilah orang-orang yang ketinggalan rahmat yang melepaskan kita daripada azab neraka dan mendapatkan kita ke dalam syurga.

saya ada kawan yg berpuasa direct 3 bulan tuu


EmoticonEmoticon