Hakikat Mengenal Diri


Semua manusia akhirnya akan tertanya-tanya dan mencari siapa sebenarnya diri ini. Banyak pengajian dan kajian dilakukan tak kiralah agama apa pun, yang tiada agama pun menyibuk. Ada yang sibuk mengkaji Diri, akhirnya dari tidak beriman mendapat hidayah terus memeluk Islam.

Namun ada jua yang memang Asal Islam Baka, sesudah mengkaji akhirnya terjerumus menjadi kafir. Paling dahsyat mengaku Allah atau pun Nabi Muhammad. Maka berhati-hatilah memilih guru. Rosak sendiri tidak mengapa, ini merosakkan orang ramai.

Ramailah yang mengambil kesempatan dari keghairahan manusia yang ingin mengenali Diri. Maka perhatikan baik-baik. Dalam pencarian tersebut pasti terjumpa kata-kata hikmah Ulama :

Awal-Awal Agama, Mengenal Allah.

Sewajarnya kemaskan dahulu asas segala asas, sebelum mengkaji atau berguru bab Mengenal Diri. Ada yang gelar DIRI YANG KU KENAL.

Asas segala asas ialah :

Kita adalah HAMBA. Allah tetaplah Tuhan Rabbul Jalil. Rasulullah s.a.w sendiri dijadikan HAMBA dahulu baru dilantik sebagai Pesuruhnya. Itulah yang tertera di belikat Rasulullah s.a.w yang dikenali sebagai Khatam Nubuwwah.

Allahu Wahdahu La Syarikalah, Muhammadan Abduhu Warasuluh.

Allah itulah Tuhan Kamu dan tiada Sekutu baginya, Muhammad itu hambaKu dan pesuruhku...

Maka hendaklah engkau kemas memegangnya. Maka tiadalah goyang iman apabila ada guru mengajar songsang, mengatakan engkaulah Allah dan Engkaulah Muhammad. Percayalah, inilah pelajaran terakhir yang kamu akan jumpa dan hanya murid-murid yang taksub melulu sahaja baru dibukakan rahsia ini. Walhal ianya adalah rahsia BANGANG yang sesat lagi menyesatkan. Percayalah, Guru yang sebegini cukup dengan segala dalil dan mahir serta amat dalam pengajian sifat 20 sehingga bila kita dengar, amat kagum dan yakin dialah Guru yang mengenali Diri. BULLSHIT.
Konsep Mengenal Diri ini berbeza mengikut pengalaman dan keilmuan Guru serta tahap keilmuan murid.

Ada yang terus membincangkan tentang DIRI yang Tujuh, yakni :
  1. Diri Terdiri
  2. Diri Terperi
  3. Diri Tajalli
  4. Diri Sebenar Diri
  5. Diri Empunya Diri
  6. Diri Kamil
  7. Diri Kamil Mukammil

Ada juga yang mula dari Aqaidul Iman yang 50 Pecahan dari kalimah Syahadah, Namun bermula dari sini lebih kemas dan tertib.

Diri Terdiri adalah batang tubuh insan itu sendiri. Ia dikatakan mengandungi apa jua yang ada di alam ada pada tubuh insan.

Maka siapa yang faham, maka terbongkar sedikit sebanyak.

Kenapa apabila JIN merasuk amat sukar mengeluarkannya dan apabila di ketuk dengan kayu Nona, tubuh zahir manusia yang akan bengkak dan zakit. (Namun ada kaedah supaya Jin sahaja yang sakit) Ini bergantung setakat lapis mana JIN itu berlindung. Kalau dia berlindung di lapis yang ketujuh dalamnya mengambil sempena 7 lapis bumi dan langit. Kaedah scan kauni pun tidak dapat menembusi tahap JIN yang merasuk dan bersembunyi di lapisan ke tujuh. Cuma mendapat panduan dari rasukan atau getaran bila di Ruqyah. Untuk mengeluarkan dengan paling mudah ialah memindah terus 3 Nur yang memang ada pada setiap umat Muhammad. Biasanya di bacakan pada limau dan di mandikan. Boleh juga secara pegang terus pada anggota tubuh pesakit.

Dari sini pemahaman 7 sifat ma'ani amat penting. Qudrat Iradat Ilmun Hayyun Sama' Basor dan Kalam. Sebab apabila ada gangguan pasti ada sifat-sifat ma'ani ini yang terjejas. Begitu juga dengan orang Gila atau Isim.

Dalam Ilmu Mengenal Diri, Apa yang di hasratkan ialah kembali balik kepada apa yang dikatakan Bayi Ma'ani (Tiflul Ma'ani) panduan seorang Salik sudah mencapai Bayi Ma'ani biasanya datang di dalam mimpi. Hendaklah di rujuk kepada Guru masing-masing. Namun nak tak nak, pasti akan bertembung dengan suatu bungkusan yang berkain Kapan, bila di lihat, itulah wajah kita yang mana diri kita di kapankan, atau ke mana sahaja ia melihat di situ ada wajah dia. 

Maka fahamlah Guru, sekian-sekian pencapaian Muridnya. Ianya bukan macam Hantu Bungkus, jauh sama sekali.

Sifat Ma'ani.

1) Qudrat
2) Iradat
3) Ilmu
4) Hayat
5) Sama'
6) Basar
7) Kalam

Dalam pengajian Sifat 20, Sifat Ma'ani itu memiliki 7 dari sifat 20.

Sifat 20 di pecahkan kepada 4 bahagian :

a) Nafsiah - Maksudnya Dialah Zat yang tidak menyerupai sesuatu. Ianya di sebut WUJUD. (1)

b) Salbiah - Menafikan semua perkara yang tiada layak untuk Allah yakni sifat yang menunjukan Keagungan Allah serta segala kelebihanNya berbanding sesuatu yang "baharu/makhluk". QIDAM, BAQA, MUKHOLAFOTUHU TAALA LILHAWADIS, QIAMUHU BINNAFSIH, WAHDANIAH. (7)

c) Ma'ani - Sifat yang bergantung kepada Zat. Maksudnya sifat yang berdiri dengan kekuatan Zat, Zat itu menguasai dan menghukumnya. HAYAT, QUDRAT, IRADAT, ILMU, HAYAT, SAMA', BASOR, KALAM. (7)

D) Maanawiyah - Zat yang disebabkan oleh sesuatu sebab akan WujudNya, Ianya melazimi antara Sifat Maani dan  Sifat Maanawiyah. Ia juga mempunyai 7 sifat iaitu HAYYUN, QADIRUN, MARIDUN, A'LIMUN, SAMIUN, BASIRUN, MUTAKALLIMUN. (7)
  • Manusia memerlukan Qudrat Allah yang berkuasa
  • Manusia memerlukan Iradat Allah yang berkehendak
  • Manusia memerlukan Ilmu Allah yang mengetahui
  • Manusia memerlukan Hayat Allah yang hidup.

Qudrat menjadi Roh yang menjadi urusan Allah
Iradat menjadi nafsu sebagai kehendak atau keinginan
Ilmu menjadi Aqal untuk berfikir
Hayat menjadi Insan selaku nyawa dan rahsia ALLAH. Fungsinya menghidupkan manusia dan digelar nafas. 

Nafas inilah yang terpecah kepada empat : Nafas Nufus Ampas Tanaffas

Adapun keempat-empat sifat semuanya datang dari Allah s.w.t dan akan dikembalikan pula ia kepada ALLAH.
Nota : Ada juga pengajian menamakannya JALAN KEMBALI/PULANG.

Kesemua 4 sifat itu disatukan menjadi apa yang dinamakan orang ROHANI.

Maka bila kita dijemput Allah, ROHANI kita akan di tanya :

1. Roh / Jiwa - Untuk tujuan apa digunakan
2. Nafsu - Untuk apa digunakan, bertuhankan Nafsu atau sebagainya.
3. Akal - Untuk apa digunakan, ke mana dibawa fikiran.
4. Hidup - Apa tujuannya

Semuanya berbalik kepada janji-janji kita dialam Lahut.

Apabila kita sudah mengenal akan 4 nafas tersebut yang di gelar juga hayat, maka sewajarnya di jaga saluran 4 itu dengan amat baik.

Pada setengah-setengah orang mudah sahaja untuk berzikir mengingati Allah s.w.t. Tiada sangkut-sangkut atau pedih di dada. Kemungkinan besar dari amalan ibu dan ayah semasa berjimak dan ketika mengandung dan sesudah mengandung. Ia berkait rapat juga dengan halal haram makruh makanan dan atas keredhan ibubapanya untuk beramal.

Maka lancarlah zikir, memenuhi istana Allah di jantung/Hati Batin.

Ada ketikanya bila zikir sudah mesra dan lazat dek kerana banyak dan ikhlasnya, maka akan rasa macam mengembang atau tersekat-sekat, Maka khabarkan pada Guru, biar diluaskan saluran 4 nafas tersebut biar zikir menjadi lebih lancar.






EmoticonEmoticon