Ahli Selawat itu adalah pilihan Allah, Allah memilih mereka yang dapat menyebut dan mendoakan akan kekasihNya iaitu Nabi ï·º.
Tidak pelik seorang itu dapat selawat berbelas belas ribu seharian bahkan berpuluh-puluh ribu secara istiqomah, kerana itu adalah pilihan Allah. Jikalau tanpa taufiq daripadaNya, nescaya satu selawat pun tidak mampu diucapkan.
Sangat beruntunglah bagi mereka yang dipilih oleh Allah iaitu dengan dapat mendoakan Nabi ï·º sebanyak-banyaknya secara istiqomah, kerana kebaikan selawat itu akan kembali kepada diri orang yang mengamalkannya.
Apabila seorang itu hendak sucikan hatinya, maka lazim atasnya memperbanyakkan selawat sehingga hatinya dipenuhi dengan Anwar Mahabbah (Cahaya-cahaya Kecintaan) dan Tazkiyah an-Nufus, Kerana selawat yang diucapkan itu juga dapat membersihkan dosa-dosa yang telah lalu dan yang adalah terpenting sekali tatkala selawat itu adalah seorang hamba itu mestilah memandang bahawasanya dirinya dapat mengucapkan selawat itu adalah kurniaan Taufiq daripada Allah dan pilihan Allah serta lenyap memandang keakuan dirinya.
Kerana sahnya ikhlas itu adalah dengan melepaskan diri daripada nampak haul dan quwwah dirinya dan makhluk.
صØØ Ø¥Ø®Ù„ØµÙƒ بالتبر من الØول والقوة
Sahkan Ikhlasmu itu dengan melepaskan diri daripada nampak haul dan quwwah
Jalan untuk mendapatkan kasih dan rahmat Tuhan itu adalah dengan memperbanyakkan selawat serta tahqiq amalmu itu dengan haq-haq 'ubudiyyah (Sifat Kehambaan). Sesiapa yang mendapatkan cinta daripada Allah, maka beruntunglah orang itu dan seluruh penduduk langit dan bumi pasti akan mencintainya juga, dan adapun yang tidak mencintai mereka yang dikasihi Allah itu, adalah mereka itu daripada kalangan yang memusuhi akan kekasihNya.
https://youtube.com/shorts/A0UaoKSNK7k
EmoticonEmoticon