Selawat Fatih – Permata Yaqut Yang Sangat Berharga
اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدِ نِ الْفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ وَالْهَادِى إِلَى صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيمِ.
Ertinya: “Ya Allah rahmatilah Penghulu kami Nabi Muhammad yang membuka apa yang tertutup dan yang menutupi apa-apa yang terdahulu,penolong kebenaran dengan kebenaran yang memberi petunjuk ke arah jalan yang lurus, dan kepada keluarganya, sebenar-benar kemuliaan padanya dan kedudukan yang amat mulia.”
Selawat ini disusun oleh al-‘Arif al-Kabir Sayyid Muhammad al -Bakri, salah seorang dari keturunan Rasulullah SAW.
Selawat al-Fatih adalah salah satu ciri khas dari Tarekat Tijani. Di antara keistimewaan selawat Fatih ialah lafaznya yang tidak menyimpang dari ayat atau kandungan Al quran, tetapi harus diingat bahawa Selawat al-Fatih bukan sebahagian dari ayat Al quran.
Syeikh Ahmad Tijani ra. belum pernah memberi suatu pernyataan sedikitpun bahawa Selawat al-Fatih itu sebahagian dari ayat Al-Quran, kitabullah, hadis qudsi atau wahyu kenabian. Cuma dinyatakan konteksnya adalah tidak lari dari kandungan ajaran al-Quran dan Hadis.
Beliau juga belum pernah menyatakan Selawat al-Fatih lebih utama dari Al-Quran atau mengimbanginya. Tidak ada satu kalam pun yang melebihi Al quran, begitulah yang ditegaskan oleh Syeikh Ahmad Tijani.
Selawat kepada Nabi Muhammad SAW ada yang menggunakan wasallam /wasallim dan ada yang tidak menggunakannya.
Ketika Syeikh Ahmad bin Muhammad ditanya; Mengapa Selawat al-Fatih tidak ada wasallim-nya ?
Beliau menjawab;
“Haakazaa minal ghaaib” (demikianlah dari al-ghaib).
.
Kisah Yang Pernah Diberitakan
Lama sekali Al-Qutb Asy-Syeikh Muhammad bin Abil Hasan Al-Bakri As-Siddiq beribadah, munajat dan mohon kepada Allah SWT agar diberi selawat yang mana pahala, sirr, faedah dan keistimewaan semua selawat masuk di dalamnya. Kemudian malaikat datang membawa kain bertuliskan Selawat al-Fatih dengan tulisan cahaya, sebab itu diberi nama Selawat Al-Bakriyah sebagaimana juga diberi nama Al- Yaaqutatul Faridah (Permata Yaqut) yang tidak ada duanya, tetapi kemudian terkenal dengan Selawat al-Fatih.
Setelah 16 tahun (1180-1196 H) dalam usia 46 tahun Al-Qutbul Maktum Asy- Syeikh Ahmad bin Muhammad bin Asy-Syarif Al-Hasani At-Tijani ra. berjumpa Sayyidul Wujud SAW dalam keadaan jaga tidak dalam tidur/mimpi dan diberi ijazah Selawat Al-Fatih dan diberi penjelasan tentang pahalanya, sirr-nya, faedahnya dan keistimewaannya juga tingkatan memberi ijazah pada orang lain.
Dan telah berkata Abul Abbas Tijani ra; “Talqinlah/ijazahlah manusia dengan selawat fatih, supaya mereka mati dalam keimanan.”
Selawat Fatih ini dinamakan akannya ‘Selawat Ahli Bait’ juga dinamakan dengan ‘Selawat yang membuka akan rahsia Hakikat Muhammadiah’ dan tidak terkecuali dinamakan dengan ‘Ibu Selawat’. (sekadar makluman kepada para pengamalnya)
Bermimpi Rasulullah dengan Selawat Al- Fatih
Bermimpi melihat Rasulullah adalah haq, di dalam Hadits dijelaskan;
“Barangsiapa yang melihatku dalam mimpi, dia benar-benar melihatku. Karena syaitan tidak mampu meniru rupa diriku.” (HR.Bukhari dan Muslim)
Dalam hadis lain yang artinya; “Barangsiapa melihatku dalam mimpi maka dia benar benar telah melihatku.”
Salah satu cara berjumpa Rasulullah dalam mimpi iaitu dengan membaca Selawat Al-Fatih yang terdapat didalam Kitab Maghnatisul Qabul Fil Wushul Ila Ru’yati Sayyidina Rasul karya Syaikh Hasan Muhammad Syiad Ba’Umar.
Keistimewaan Buat Para Pengamalnya
Selawat Fatih juga mempunyai keistimewaan yang tersendiri seperti mana yang telah disusun oleh para ulama terdahulu di antaranya;
Berkata sebahagian ulama Maghribi, sekali berselawat dengan Selawat Fatih menyamai 10,000 atau 600,000 yang lain.
Dibaca 11 kali selepas solat fardhu, Allah akan mengampunkan dosa-dosa kecil dan aman tenteram jiwanya.
Dibaca 21 kali setiap hari, luas rezeki dan keluarganya selamat dari kesusahan.
Sesiapa beristiqamah berselawat Fatih selama 40 hari berturut, dosanya akan diampuni Allah.
Sesiapa mengamalkan dengan istiqamah, nescaya akan terbuka rahsia keajaiban, menghilangkan dukacita, mendapat hidayah dan tercapai segala hajat. Beliau akan menjadi ahli syurga walaupun hanya membacanya sekali seumur hidupnya.
Kebanyakan daripada arifin menyebut bahawasanya selawat ini dapat membukakan asrar (rahsia) ajaib yang terhairan oleh akal sesiapa yang dapat membacanya 100 kali setiap hari.
Sesungguhnya sesiapa yang tekun membacanya setiap hari 100 kali dibukakan baginya banyak daripada hijab. Dan hasil baginya daripada anwar. Dan ditunaikan segala keinginannya; dengan qadar yang tidak diketahui melainkan oleh Allah Ta’ala.
Sesiapa yang berselawat dengan Selawat Fatih ini sekali dalam hidupnya nescaya tidak akan dijilat api neraka.
Sesiapa membacanya 1,000 kali pada malam Khamis dan Jumaat atau Isnin akan dihimpunkan bersama-sama Nabi Muhammad SAW.
EmoticonEmoticon