SELAWAT FATIH DI ALAM MELAYU
● Orang yang berselawat dengan Selawat Fatih seperti orang yang mengetuk pintu Hakikat Nabi ﷺ
PENYEBARAN SELAWAT FATIH
Selawat Fatih datang di alam Melayu atas tangan Tiga orang Ulama Melayu :-
1. Syeikh Daud Al Fatani
2. Syeikh Abdul Somad Al Falimbani
3. Syeikh Arsyad Al Banjari
1) Syeikh Daud Fatani menyebarkan Selawat Fatih di :
-Fatani
-Yala hingga
-Kelantan
-Terengganu
-Pahang
2) Syeikh Abdul Somad Falimbani :
-Kedah hingga Perak
3) Syeikh Arsyad Banjari:
-Kalimantan
-Banjarmasin
-Mindanao
-Filipin belakang
-Solo
-Sulawisi
-Bugis
● Syeikh Abdul Somad Falimbani memerangi siam dengan selawat Fatih malam di kedah ( perang melayu yang terakhir )
● Masyhur Sanad Selawat Fatih disisi tiga orang Syeikh Melayu tersebut dengan sanadnya "Muhammad Bakri" kerana guru mereka yang empunya selawat Fatih dan awal ialah Syeikh Mustafa Al Bakri As Siddiqi.
● Selepas itu tersebar Tariqah Sammaniah Khalwatiah Al Bakriah di Tanah Melayu khususnya di Utara dan Timur (mereka itu ahli Selawat Fatih).
● Selawat Fatih telah masuk awal di tanah Melayu melalui Syekh Daud Fatani, Syeikh Abdul Somad dan Syeikh Arsyad Banjari, setelah itu Allah Mengkhususkan Johor dan menyampaikan Selawat Fatih kepada Johor melalui Sanad Baru, Sanad yang lain dan saluran baru itu melalui Syeikh Fadil Banten yang menjadi simbol Johor, tanda Kewalian di Negeri Johor dan Beliau menjadi Guru kepada Sultan di zaman tersebut (penasihat), selepas itu datang lagi saluran baru dan sanad baru Selawat Fatih itulah yang dimaksudkan sebagai sentiasa diperbaharui atau memperbaharui limpahan dengan madad.
Sanad Emas dari saluran Sayyidi Syarif Ahmad Al-Hadi Al-Maghribi At Tijani yang Segar dari Maghribi tidak putus lagi sahih seperti zaman Syeikh Ahmad Tijani tidak ada tambahan dan tidak ada campuran.
SANAD EMAS SELAWAT FATIH
سيد
الوجود سيدنا و مولانا محمد صلى الله عليه وسلم
⬇
القطب
المكتوم و الختم المحمدي المعلوم سيدنا و مولانا أحمد التجاني الحسني
⬇
سيدي محمد
الغالي الحسني
⬇
سيدي أحمد بن
محمد الكنسوسي الجعفري الهاشمي
⬇
سيدي الحاج
الحسين اليفريني الحسني
⬇
مجدد الملة و
الدين سيدي الحاج الأحسن البعقيلي الحسني
⬇
سيدي محمد
الحبيب البعقيلي الحسني
⬇
سيدي الأحسن
اليفريني الحسني
⬇
سيدي أحمد
الهادي الحسني المغربي
● Wali Qutub Selatan Maghribi Sidi Husain Al Yifrini membaca Selawat Fatih 80,000 kali sebelum azan subuh dan sebelum masuk waktu fajar.
● Menteri besar Kerajaan Alawiyah Syarif Maghribi dan Penulis sejarah pada zaman tersbut Sidi Ahmad bin Muhammad Al-Kansusi Al-Ja’fari Al-Hasyimi.
● Ketua Syarif2 di Negeri Faz iaitu punca Syarif dan Said iaitu Sidi Muhammad Al Ghali yang ditanam kembar dengan Saidatina Khadijah.
SANAD SELAWAT FATIH YANG KEDUA
Telah zahir Selawat Fatih sebelum Syekh Tijani melalui Sidi Muhammad Mustafa Al Bakri Siddiqi.
Syeikh Tijani ambil sanad selawat Fatih dengan sanad yang biasa dan lama melalui daripada SIDI MAHMUD ALQURDI AL MISRI Qutub A’zam tanah Mesir dan ambil daripada gurunya SIDI MUHAMMAD AL HAFNI (Syeikhul Azhar) beliau juga Qutub dan Ketua Azhar pada zamannya dan ambil daripada gurunya Sidi Muhammad Mustafa Al Bakri Siddiqi yang khalwat 17 Tahun di Kaabah untuk mengeluarkan Selawat Fatih daripada Hadrah Allah dengan mujahadah dan tawajuhnya.
سيدي
محمد مصطفى البكري الصديقي
⬇
سيدي
محمد بن سالم بن أحمد الحفني الأزهري
⬇
سيدي
محمود الكردي المصري الخلوتي
⬇
القطب
المكتوم و الختم المحمدي المعلوم سيدنا و مولانا أحمد التجاني الحسني
● Ketahuilah Selawat Fatih sampai ke Tanah Melayu sebelum sampai ke Tanah Maghribi.
Sidi Mustafa Al Bakri As Siddiqi ada khalifahnya di Madinah iaitu ( Syeikh Muhammad bin Abdul Karim As Samman ) Tuan kepada Tariqah Samaniah Khalwatiah dan khalifahnya di Mesir (Syeikh Muhammad Al Hafni)
● Antara Syeikh Samman dan Syekh Mustafa Bakri tidak jauh jaraknya seperti Sayyidi dengan Ust Bakri.
Selawat Fatih sampai ke Tanah Maghribi selepas Syeikh Muhammad Al Hafni iaitu anak muridnya Sidi Muhammad bin Abdi Rahman Zuwawi Al Maghribi yang membawa selawat Fatih kepada Tanah Maghribi.
EmoticonEmoticon