Dalam sirah Nabi Muhammad S.A.W., Baginda (s.a.w.) mengeluarkan jin dari badan pesakit dengan menepuk dan memukul dengan serbannya yang dipintal kemas.
Ini adalah satu kaedah yang mana pesakit tidak perlu untuk memakan ubat sedikit pun, hanya dengan menjalani rawatan sahaja.
Kaedah Rawatan / Perubatan Di Prim
Refleksologi Islam
Perubatan refleksologi tersebut berasal dari negeri China, tetapi mula dikembangkan dan dipopularkan oleh seorang bangsa Swiss, Dr Hedi Masafret yang terkenal dengan polikliniknya “Center For Fitness Training”. Kemudian kaedah ini terus tersebar ke merata dunia.
Kaedah perubatan Refleksologi Islam adalah berasal dari al-Qur’an dan al-Sunnah yang kemudiannya diadun dan dirumuskan menjadi salah satu kaedah perubatan tradisional Islam yang sangat istimewa dan dapat membantu menyembuhkan berbagai penyakit dengan segera, berkesan dan tidak membebankan kos yang tinggi.
Bagaimanapun istilah “Refleksologi” itu sahaja kita sengaja pinjam, tanpa kaedah-kaedah rawatannya. Kalau terdapat ada ciri persamaannya itu secara kebetulan sahaja.
Kaedah perubatan refleksologi Islam merangkumi ciri-ciri yang di sebutkan di bawah ini. Ciri-ciri tersebut dengan sendirinya dapat membezakan antara kaedah refleksologi biasa dengan refleksologi Islam.
Asas Utama Refleksologi Islam Ialah Kebersihan Zahir Dan Batin.
Pada zahir berdasarkan syariat Islam yang sebenar. Pada batin mengikut akidah Ahli Sunnah wa Jama’ah. Akidah Ahli Sunnah wa Jama’ah memandang adanya tiga hubungan iaitu sabab ( سبب ), musabbab ( مسبَّب ) dan musabbib ( مسبِّب ). Misalnya ubat dan rawatan adalah sebab, sembuh penyakit yang diubati adalah musabbab. Kehendak, ketentuan dan kekuasaan Allah yang menyembuhkan penyakit itu adalah musabbib al-Asbab. Allah berfirman maksudnya “Kalaulah ada sesuatu bacaan yang dengan sebabnya gunung-gunung pecah bergerak dari tempatnya atau dengan sebabnya bumi terbelah atau dengan sebabnya orang yang telah mati boleh bercakap, bahlkan segala urusan tersebut hanya bagi Allah”. (Surah al-Ra’d: ayat 31)
Selaras Dengan Asas Yang Disebutkan Di Atas Maka
Refleksologi Islam Ini Diperkasakan Lagi Dengan Sembahyang Sunat Taubat Dan
Sunat Hajat.
- Dalam sembahyang sunat taubat, keampunan dari Allah diminta semoga Allah ampunkan semua dosa pesakit dan dosa-dosa diri, biar macam mana banyak dan besarnya dosa yang dilakukan. Dalam sembahyang hajat diharapkan agar segerakan dan permudahkan sembuh penyakit yang ditanggung oleh pesakit.
- Pukulan dan ketukan secara perlahan-lahan dengan ranting kayu yang kecil dari pokok buah nona.
- Tepukan tapak tangan secara perlahan-lahan.
- Tekanan hujung ranting kayu nona yang digunakan mengetuk, memukul atau tekanan ibu jari tangan yang lain atau menggunakan biji lada hitam, limau nipis atau bawang besar.
- Tarikan kulit tubuh atau anggota pesakit, picitan bahagian-bahagian tertentu tubuh pesakit dengan tangan.
- Melumurkan anggota yang akan dirawat dan sesudah dirawat dengan air cuka yang telah disebatikan dengan garam halus dan air doa.
- Memandikan pesakit yang telah dirawat dengan air biasa. Kemidian dibilas dengan mandian air batu yang dicampur dengan air perahan limau nipis.
- Disebatikan dengan iringan dhikrullah, doa dan bacaan ayat-ayat al-quran ketika melakukan rawatan yang biasanya dibaca dalam hati atau perlahan-lahan.
Sumber kaedah Refleksologi Islam ialah Qu’ran dan Sunnah. Di sini kita sebutkan beberapa ayat Qur’an dan hadis yang berkaitan.
Allah SWT berfirman:
Maksudnya: “Jika Allah menimpakan kamu sesuatu bahaya maka tidak ada siapa pun yang boleh menghapusnya kecuali Dia (Allah). Dan jika Dia (Allah) menghendaki kamu beroleh sesuatu kebaikan, maka tiada siapa pun yang boleh menghalang limpahan kurnianya itu”. (Surah Yunus: ayat 107)
Allah SWT berfirman:
Maksudnya: “(Nabi Ibrahim a.s. berkata); Dan bila aku sakit maka Dia (Allah) yang menyembuhkan penyakitku”. (Surah al-Shu`araa’: ayat 80)
Selain dari dua ayat tersebut, terdapat banyak lagi ayat yang menegaskan bahawa penyakit dan sembuhnya adalah berasal dari Allah semata-mata. Adapun mandi ais bila pesakit telah siap dirawat adalah didasarkan perintah Allah kepada Nabi Ayub a.s. seperti yang disebut dalam firmanNya:
Maksudnya: “(Ingatlah peristiwa) hamba Kami (Nabi) Ayub ketika dia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: “Sesungguhnya aku diganggu oleh syaitan dengan kepayahan dan seksaan (penyakit). (Maka Kami kabulkan doanya serta Kami perintahkan kepadanya): “Hentakkanlah kakimu (ke bumi). (Setelah dia melakukannya maka terpancarlah air, lalu Kami berfirman kepadanya): “Inilah air sejuk untuk mandi dan untuk minum (bagi menyembuhkan penyakitmu)”. (Surah Sad: ayat 41-42)
Mengenai kaedah ketukan atau pukulan pula adalah didasarkan kepada hukuman sebatan yang memang terkenal dalam Islam. Orang yang berzina yang belum nikah, bila telah sabit kesalahannya dikenakan sebatan 100 kali. Allah berfirman:
Maksudnya: “Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah kamu sebat setiap seorang daripada kedua-duanya seratus kali sebatan, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman”. (Surah al-Nur: ayat 2)
Demikian juga hukuman yang dikenakan ke atas orang yang membuat tuduhan zina yang tidak dapat membuktikan kebenaran tuduhannya dengan empat orang saksi ialah sebatan rotan 80 kali. Allah berfirman:
Maksudnya: “Dan orang-orang yang melimparkan tuduhan zina kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian ia tidak dapat mengadakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka dengan lapan puluh kali sebatan. Dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Mereka Itulah orang-orang yang fasik”. (Surah al-Nur : ayat 4)
Walaupun hukuman pukulan rotan itu pada zahirnya untuk menyiksa atau menimpakan azab yang setimpal dengan kejahatan yang mereka lakukan itu, namun jika kita telitikan secara mendalam nescaya ada hikmah dan rahsia lain yang tersembunyi. Perbuatan zina dan tuduhan zina secara melulu adalah sangat luar biasa bagi orang yang beriman. Perbuatan yang luar biasa itu membuktikan ada sesuatu dorongan dalam diri orang yang melakukannya. Sesuatu yang mendorong orang tersebut ialah syaitan. Syaitan telah masuk ke tubuh mereka lalu mendorongkan mereka melakukan perbuatan yang luar biasa itu. Dengan hukuman pukulan rotan akan dapat menimpakan seksa atau azab ke atas mereka dan juga syaitan yang telah meresap ke dalam tubuh mereka. Syaitan itu akan merasa azabnya dan akan keluar dari tubuhnya.
Menerusi pengalaman mengubat orang yang ketagihan zina, membuktikan kebenaran yang tersebut. Semua orang yang terlibat dengan kegiatan zina didapati ada syaitan di kedua-dua punggung mereka. Bila diketuk di bahagian punggung, maka syaitan akan keluar dan orang tersebut tidak lagi melakukan zina. Pernah berlaku, syaitan yang baru keluar dari punggung orang yang sedang diberi rawatan masuk pula ke tubuh seorang pemuda yang berada di bilik rawatan. Pemuda itu terus bertukar perangai dan bercakap mencarut sehingga ia hendak merogol emak dan kakaknya yang berada berdekatan.
Adapun sumber daripada Sunnah diriwayatkan daripada ‘Abdullah bin ‘Amir bin Rabi’ah daripda ayahnya berkata: “Saya bersama Sahl bin Hanif pergi mencari arak. Kemudian kami memperolehinya. Salah seorang daripada kami merasa malu untuk mandi ke sungai apabila ada yang melihatnya. Apabila mandi, dia menyelinap masuk ke dalam air. Saya memerhatikannya dan tingkahlakunya didapati sangat menghairankan. Dia sedikit pun tidak menyahut panggilan saya ketika memanggilnya. Ini menyebabkan saya menyangka dia telah terkena gangguan jin. Dengan segara saya menemui Rasulullah s.a.w. memberitahunya. Apabila dia datang Rasulullah s.a.w. memukul dadanya kemudian berdoa, “Ya Allah, hilangkanlah kepanasan gangguan itu, kesejukannya dan kesan buruknya”. Kemudian baginda bersabda: “Bangunlah, lalu dia bangun dalam keadaan sihat. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila ada di kalangan kamu mendapati berlaku pada diri, harta atau keluarga kamu perkara pelik, hendaklah segera memohon keberkatan daripada Allah. Ini kerana gangguan al-‘Ain memang benar berlaku.”
Mengapa Dipinjam Istilah Refleksologi
Istilah refleksologi diguna pakai dalam kaedah perubatan tradisional Islam ini, semata-mata untuk memudahkan orang ramai memahami dan menerimanya. Bukan hanya mudah memahami kaedahnya sahaja tetapi juga mudah menerima berbagai perkara yang berkaitan dengannya. Misalnya, keberkesanan rawatan yang diberikan dalam menyembuh penyakit, rasa sakit yang mesti ditanggung oleh pesakit dengan yakin, tabah dan sabar, berbagai teknik rawatannya, kebenarannya dan sebagainya lagi.
Jika digunakan istilah pukulan atau ketukan atau sebatan, tentu akan menimbulkan masalah bagi mereka yang kali pertama mendengarnya. Istilah-istilah tersebut pernah dipakai dan memang menimbulkan berbagai persoalan bagi pesakit yang baru mendengarnya. Sekurang-kurangnya mereka menyangka pukulan atau sebatan itu tentu kuat dan tentu menyakitkan yang mungkin mereka tidak akan tertanggung. Ada juga mereka yang membayangkan sebatang rotan seperti yang dilakukan terhadap penjenayah. Penggunaan istilah refleksologi ini tidaklah bermakna kaedah perubatan ini ditiru dari keadah refleksologi biasa. Atau kaedah perubatan ini merupakan serpihan atau tiruan dari kaedah refleksologi biasa, sebab kaedah perubatan ini mempunyai sumbernya yang jelas iaitu al-Qur’an dan sunnah serta telah menjadi amalan para al- Salaf al-Soleh.
Istilah Refleksologi yang digunakan disini adalah berbeza dengan istilah sistem perubataqn refleksologi yang telah digunapakai secara meluas sebagai suatu kaedah perubatan. Maksud refleksologi yang ambil sebagai tajuk disini adalah untuk lebih memberi fokus kepada pengertian literal maksud refleksologi itu sendiri, iaitu ‘ilmu tindakbalas’. Istilah ini akan mendekatkan kefahaman umum tentang maksud sebenar refleksologi islam yang cuba dibentangkan oleh penulis.
Segala hak cipta penulisan ilmiah yang terkandung di dalam blog ini adalah hak milik Shaikh Dr Hj Jahid bin Hj Sidek al-Khalidi. Tidak dibenarkan mengambil mana-mana tulisan di atas melainkan mendapat kebenaran daripada beliau.
Amalan Para Al-Salaf Al-Soleh
Kaedah Refleksologi Islam yang bersumberkan kepada Qur’an dan Sunnah Rasulullah s.a.w. tersebut diperkasakan lagi kewujudannya dan kepentingannya dengan amalan yang dilakukan oleh para al-Salaf al-Soleh. Terdapat dalam lipatan sejarah yang jelas kaedah tersebut telah dilakukan oleh sesetengah sahabat. KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB r.a. misalnya pernah menggunakan kaedah pukulan. Seorang yang bercakap dalam keadaan yang tidak stabil serta meluahkan beberapa soalan yang tidak sepatutnya ditanya, maka khalifah ‘Umar yang berada di depannya segara meminta sebatang tongkat. Dengan tongkat itu beliau segara memukul kepala orang tersebut berulang kali hingga berdarah. Akhirnya syaitan yang meresap ke tubuh orang tersebut keluar. Orang tersebut sedar dan stabil, lalu ia meminta maaf kepada khalifah ‘Umar al-Khattab r.a.
Imam Ahmad bin Hanbal (w.241H) juga telah menggunakan KAEDAH PUKULAN UNTUK MENGELUARKAN JIN. Diriwayatkan bahawa Sultan al-Mutawakkil telah menghantar perutusannya kepada Imam Ahmad supaya memberitahunya bahawa seorang gundik sultan telah mengalami kerasukan. Imam Ahamad diminta supaya berdoa untuknya. Sejurus kemudian Imam Ahmad megeluarkan sepasang terompah kayu yang biasa digunakan untuk berwuduk, lalu memberikannya kepada muridnya dan berkata: “kamu pergi ke istana sultan dan duduk di bahagian kepala perempuan itu. Cakap kepada jin yang merasuknya; Ahmad berkata: mana di antara dua perkara yang kamu mahu; kamu keluar dari tubuh perempuan ini atau kamu dipukul dengan terompah ini tujuh puluh kali? Apabila mendengar kata-kata tersebut jin yang berada dalam tubuh perempuan itu berkata: ‘Kami dengar dan kami taat bahkan jika Ahmad mengarah kami keluar dari negeri Iraq sekalipun, kami akan keluar. Dia adalah seorang yang mentaati Allah, sesiapa mentaati Allah, segala sesuatu akan mentaatinya. Jin tersebut kemudiannya keluar dari tubuhnya. Perempuan tersebut segera kembali sihat dan kemudiannya telah dikurniakan beberapa orang cahaya mata.
Setelah kewafatan Imam Ahmad, jin tersebut sekali lagi merasuk perempuan yang sama. Sultan Mutawakkil sekali lagi menghantar utusan kepada murid Imam Ahmad iaitu Abu Bakr al-Mawarzi. Beliau membawa terompah kayu yang sama ke istana sultan untuk merawat perempuan tersebut. Lalu jin yang merasuk itu berkata: ‘Aku tidak akan keluar dari sini. Aku tidak akan taat dan tidak mahu menerimamu. Ahmad adalah seorang yang yang mentaati Allah, dengan sebab itu kami disuruh mentaatinya” .
Di dalam kitab al-Tib al-Nabawi karangan SHAIKH IBN AL-QAYYIM AL-JAWZIYYAH (w.751H/1350M) ada menyebutkan bahawa gurunya Shaikh Ibn Taimiyyah kerap kali memukul pesakitnya yang dirasuk syaitan atau jin dengan pukulan tongkat, setelah syaitan atau jin tidak mahu keluar walaupun diperintah supaya keluar berkali-kali. Syaitan atau jin yang berdegil itu akan keluar bila dipukul dengan tongkat .
Ibn Qayyim menegaskan bahawa kaedah perubatan yang digunakan oleh gurunya itu dapat disaksikan oleh beliau sendiri dan orang lain, bukan sekali tapi kerap kali dilihatnya. Malahan gurunya, SHAIKH IBN TAIMIYYAH pernah menceritakan kepadanya mengenai jin yang degil, tidak mahu keluar, walaupun sudah dibacakan ayat-ayat Qur’an dan sudah diminta keluar segera. Akhirnya Shaikh Ibn Taimiyyah memukul pesakit tersebut dengan tongkat. Sebelum jin itu keluar ia sempat menyatakan bahawa ia sangat mencintai pesakit tersebut dan mahu pergi menunaikan fardhu Haji bersamanya. Akhirnya jin itu keluar kerana tidak tahan menanggung sakit dari pukulan tongkat.
Segala hak cipta penulisan ilmiah yang terkandung di dalam blog ini adalah hak milik Shaikh Dr Hj Jahid bin Hj Sidek al-Khalidi. Tidak dibenarkan mengambil mana-mana tulisan di atas melainkan mendapat kebenaran daripada beliau.
Kelayakan Perawat
- Para perawat yang melakukan rawatan mengikut kaedah refleksologi Islam ini mempunyai ciri-ciri kelayakan seperti berikut :
- Telah mendapat latihan secara langsung dari Dr. Hj. Jahid Hj. Sidek setelah mendapat keizinannya.
- Latihan yang diberikan biasanya dimulai dari latihan memperkasakan akidah dan sifat ketakwaan kepada Allah.
- Dalam latihan memperteguhkan iman dan akidah, bukan hanya di ta’lim dan ditarbiyahkan dengan ilmu tauhid dan kefahamannya sahaja, tetapi juga diiringi dengan ilmu dan amalan dhikrullah. Ini selaras dengan firman Allah yang bermaksud: “Allah meneguhkan zahir dan batin (jiwa dan raga) orang-orang yang beriman didunia dan akhirat dengan kalimah tauhid .لا إله إلا الله (Surah Ibrahim: ayat 27). Rasulullah (s.a.w) pernah ditanya oleh para sahabat bagaimana cara memperteguhkan iman. Maka baginda (s.a.w.) menjawab dengan sabdanya maksudnya: “Hendaklah kamu banyakkan sebutan kalimah لا إله إلا الله
- Biasanya dalam penghayatan dhikrullah tersebut seorang calon perawat mestilah menjalani amalan tersebut sekurang-kurangnya selama setahun. Sesudah syarat ini dipenuhi dan orang tersebut menpunyai minat, keizinan dari Dr. Hj. Jahid Hj. Sidek mestilah diperoleh.
- Peringkat pertama latihan dimulai dengan latihan menjadi pembantu perawat. Calon pelatih dikehendaki berada disisi perawat yang terlatih ketika menjalankan rawatan kepada pesakit. Calon pelatih biasanya dikehendaki memerhati dan mencatitkan apa juga yang dilakukan oleh perawat tersebut dan mestilah ia sentiasa bersedia membantu kerja-kerja perawat, terutama bila dikehendaki oleh perawat itu.
- Peringkat kedua latihan ialah latihan merawat pesakit tertentu yang biasanya diarahkan oleh perawat yang menjadi jurulatih. Jurulatih biasanya akan memilih pesakit yang menghadapi sakit yang ringan dan mudah dirawat. Beberapa lama selepas itu latihan akan ditingkatkan kepada merawat pesakit yang menghadapi penyakit yang lebih teruk dan sukar dirawat.
- Berapa lama masa latihan kedua-dua peringkat di atas tidak ditetapkan. Ianya banyak bergantung kepada kecekapan dan kepintaran seseorang pelatih. Biasanya seorang pelatih yang pintar dan cekap sekurang-kurangnya mengambil masa satu hingga dua tahun.
- Perawat tidaklah dikehendaki ada ijazah, tetapi ianya mesti mempunyai ilmu dan kefahaman agama yang baik, terutamanya ilmu dan kefahaman mengenai perkara-perkara yang berkait dengan fardu ‘ain, halal dan haram, taharah dan sebagainya.
- Perawat dimestikan selalu menghubungi Dr. Hj. Jahid Hj. Sidek selaku pengasas utama dalam kaedah rawatan ini. Langkah ini dapat mengawal serta menentukan kaedah rawatan ini digunakan dengan betul dan cekap. Untuk tujuan tersebut taklimat tertentu kadangkala dibuat oleh Dr. Hj. Jahid Hj. Sidek.
- Bilangan perawat yang terlatih diseluruh negara tidaklah ramai, hanya ada kira-kira 10 orang sahaja. Bagaimanapun perawat pelatih bilangannya lebih ramai tetapi tidak dapat dipastikan bilangan mereka.
Dr. Hj. Jahid Hj. Sidek mempunyai pengalaman selama 15 tahun dalam bidang perubatan mengikut kaedah refleksologi Islam ini. Walaupun masih banyak lagi ilmu yang berkaitan perlu ditimba dan di fahami, namun dengan pengalaman selama 15 tahun tersebut, rasanya berbagai masalah dan isu yang timbul telah dapat diatasi dan diselesaikan. Selama 15 tahun boleh dikatakan setiap hari beliau menghadapi berbagai rupa dan warna pesakit yang menderita dengan berbagai jenis penyakit., boleh dikatakan kebanyakannya telah dapat diselesaikan, malahan tidak kurang juga bilangan pesakit yang telah kecewa kerana harapan mereka untuk sembuh ketika menerima rawatan di hospital, telah dapat disembuhkan.
Dalil Daripada Hadith
Diriwayatkan daripada Abdullah bin A’mir bin Rabia’h daripada ayahnya berkata; Saya bersama Sahl bin Hanif pergi mencari arak. Kemudian kami memperolehinya. Salah seorang daripada kami merasa malu untuk mandi ke sungai apabila ada yang melihatnya. Apabila mandi, dia menyelinap bersembunyi dari pandangan saya dan menanggalkan jubahnya lalu masuk ke dalam air. Saya memerhatikannya dan tingkah-lakunya didapati sangat menghairankan. Dia sedikit pun tidak menyahut panggilan saya ketika memanggilnya. Ini menyebabkan saya menyangka dia telah terkena gangguan jin. Dengan segera saya menemui Rasulullah s.a.w. mengkhabarkan tentangnya. Apabila datang kepada Rasullullah s.a.w., baginda menepuk-nepuk dadanya kemudian berdoa; “Ya Allah, hilangkanlah kepanasan gangguan itu, kesejukannya dan kesan buruknya”. Kemudian Baginda bersabda kepadanya; “bangunlah, lalu dia bangun dalam keadaan sihat”. Rasulullah s.a.w. seterusnya bersabda; “Apabila ada di kalangan kamu mendapati pada dirinya berlaku perkara yang menghairankan atau pada harta bendanya mahupun pada ahli keluarganya, hendaklah segera dia berdoa memohon keberkatan daripada Allah. Ini kerana gangguan rasukan memang benar berlaku” (Musannaf Ibn Abi-Syaibah, juzuk: 5 m/s:50)
Diriwayatkan daripada Uthman bin Abi al-A’sh berkata; apabila Rasulullah s.a.w. mengutus saya ke Taaif, saya pernah merasa diganggu di dalam sembahyang sehingga tidak mengetahui apa yang dilakukan di dalamnya. Saya menemui Rasulullah s.a.w. lalu memberitahu baginda peristiwa tersebut. Baginda bersabda; “Gangguan itu sebenarnya daripada syaitan, hampirlah kepadaku”. Saya menghampiri Rasulullah s.a.w. dan duduk berhadapan dengan baginda. Baginda menepuk-nepuk dadaku dengan tangannya dan meludah ke dalam mulut ku, sambil berkata; “Keluarlah wahai musuh Allah!”. Baginda mengulanginya tiga kali. Kemudian baginda bersabda; “Kebenaran adalah berserta dengan amalanmu”. U’thman berkata; “Saya tidak pernah lagi diganggu setelah itu” (Sunan Ibn Majah, Kitab al-Tibb, bab; Al-Faz;l wal Araq wa ma yata’awwazu bihi, hadith no; 3538.)
Diriwayatkan daripada Jarir berkata; “Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepadaku tidakkah mahu kamu menyenangkanku dengan memusnahkan Zil Khalasah? [iaitu sebuah binaan yang digelar Ka’bah Yaman terletak di Khatha’m.]”. Jarir berkata; “Lalu saya bersedia bertolak ke sana bersama satu pasukan tentera berkuda sebilangan seratus lima puluh orang. [Sebelum bertolak], saya mengadu kepada Rasulullah s.a.w. bahawa saya merupakan seorang yang tidak boleh berada tetap di atas tunggangan kuda”. Lalu Rasulullah s.a.w. menepuk nepuk dadaku sehingga kedapatan kesan tepukan jari jemari Baginda di dadaku. Dalam pada itu baginda berdoa; “Ya Allah jadikanlah dia tetap di atas tunggangannya dan jadikanlah dia seorang yang petunjuk yang mendapat penunjuk dari Mu”. Jarir kemudiannya bertolak ke sana dan memperolehi kemenangan.(Sahih Bukhari, kitab; Al-Jihad wal Sairi, bab; Hirqur Dur wan Nakhil, hadith no:2797)
Pernah satu ketika saya menyaksikan syeikh kami [Ibn Taymiyyah] mengutus seorang yang mampu bercakap dengan ruh (jin) yang berada dalam badan pesakit yang dihasut. Lalu utusan itu berkata: Syeikh telah berkata; “Keluarlah kamu dari badannya kerana tidak halal bagimu berada di dalamnya”, Sejenak kemudian sedarlah. Kadang-kadang dia sendiri [Syeikh] yang mengucapkan kata-kata tersebut kepada ruh itu. Kadang-kala ruh yang menghasut itu degil, lalu ianya dikeluarkan dengan cara dipukul dan sedarlah orang yang dihasut itu tanpa dia merasa sakit. Kami dan selain kami telah menyaksikan fenomena seumpama ini daripadanya berulangkali.
Syeikh kerap membaca pada telinga pesakit yang dihasut firman Allah Taa’la:
Syeikh telah menceritakan kepada kami; Pada satu ketika dia membaca ayat tadi ke telinga pesakit yang dihasut, lalu ruh[jin] yang berada di dalamnya berkata dengan memanjangkan suaranya; yaaah….. Syeikh berkata lagi: saya mengambil sebatang tongkat [اصع] dan memukul urat-urat tengkuknya sehingga lengoh kedua tanganku kerananya. Para hadirin menyangka si pesakit itu pasti akan mati dengan sebab pukulan tersebut.
Semasa memukul, ruh tersebut berkata: Aku kasih kepadanya”. Lalu saya [Syeikh] berkata kepadanya: “Dia tidak menyukaimu”. Ruh itu menjawab; “Saya ingin menunaikan haji bersamanya”. Saya berkata; “Dia tidak mahu melaksanakan Haji bersamamu”. Kemudian dia berkata; “Saya meninggalkannya kerana memuliakanmu”. Lalu Syeikh menjawab; “Bukan begitu, bahkan tinggalkanlah dia kerana taatkan Allah dan Rasulnya”. Ruh itu kemudiannya berkata; “Kalau begitu saya keluarlah sekarang daripadanya” (Ibn Qayyim al Jauziyyah, al Tibbun Nabawiy, m/s: 52-53, tiada tarikh dan pengedar.)
Saya berkata: kenyataannya (Ibn Taymiyyah); Kadangkala mengubati penyakit kerasukan jin atau makhluk halus memerlukan kepada pukulan iaitu dengan pukulan yang banyak. Cara ini sebenarnya adalah di syarakkan berdasarkan sumber hadith yang diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad, Abu Daud dan juga Abu al-Qasim al-Tabarani.
Hadith daripada Ummu Aban binti al-Wazi’ yang diceritakan daripada ayahnya; Bahawa suatu hari datuknya pergi menemui Rasullullah s.a.w. bersama dengan anaknya atau anak saudaranya yang kerasukan. Lalu berkata kepada Rasulullah s.a.w.: “Wahai Rasulullah s.a.w., saya datang bersama anak atau anak saudara saya yang dirasuk dan meminta daripada Rasulullah supaya berdoa untuknya”. Baginda menjawab: “Bawa dia berjumpa denganku”.
Lalu saya pergi kepadanya yang sedang berada di dalam kenderaan. Setelah menyalinkan pakaiannya, saya membawanya bertemu dengan Rasulullah s.a.w.. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Hampirkan dia kepadaku dan hadapkan belakangnya kepadaku”. Rasulullah s.a.w. mengambil sehelai bajunya dan digabungkanya supaya menjadi tebal lalu baginda memukul belakang pesakit sehingga kesihatan putih ketiak baginda s.a.w.. Di samping baginda bersabda: “Keluarlah hai musuh Allah!”. Sejenak kemudian anak tersebut kesihatan sedar seperti sediakala dan tidak lagi seperti dahulu. Rasulullah s.a.w. kemudiannya mendudukkan anak itu di hadapan baginda lalu menyapu air di mukanya dan berdoa untuknya. Semenjak doa Rasulullah kepadanya, tiada seorang pun di kalangan rombongan itu yang dapat menyaingi [kepintarannya].
Hadith ini menyimpulkan bahawa harus menggunakan cara pukulan terhadap pesakit yang dirasuk dengan tujuan memukul jin yang merasuknya. Namun, sekiranya pukulan sudah tidak diperlukan ketika itu, pesakit tidak lagi dipukul. (Syeikh al Imam al A’lamah Badruddin Abi Abdillah Muhammad ibn Abdillah Asyibli, Ahkamul Jan, m/s:151, tahqiq wa dirasah; Dr. Assayyid al Jamiliy, Darul Ibn Zaidun – Beirut, cetakan pertama 1985)
Berkata al Qadhi Abu al Hasan bin al Qadhi Abi Ya’la bin al Farra’ al Hanbali dalam kitab Tabaqat Ashab Al Imam Ahmad: saya mendengar Ahamad bin U’baidillah berkata: saya mendengar Abu Hasan A’li bin Ahmad bin A’li al A’kbari yang datang dari A’kbara pada bulan Zulhijjah tahun 352H. Beliau berkata: Ayahku telah menceritakan kepadaku daripada datukku, dia berkata:
Saya pada suatu ketika berada di masjid Abi A’bdillah Ahmad bin Hanbal. Sultan al Mutawakkil telah menghantar perutusannya kepada Imam Ahmad supaya memberitahunya bahawa seorang gundik perempuan sultan mengalami kerasukan. Lalu memohon daripada Imam Ahmad supaya mendoakan kesihatan untuknya. Sejurus kemudian Imam Ahmad mengeluarkan sepasang terompah kayu yang biasa digunakan untuk berwudhuk, lalu memberikannya kepada utusan tersebut seraya berkata: “Kamu pergi ke istana sultan dan duduk di bahagian kepada perempuan itu. Cakapkan kepada jin itu; “Ahmad bertanya kepadamu: Mana di antara dua perkara yang kamu sukai; kamu keluar dari tubuh perempuan ini atau kamu dipukul dengan terompah ini tujuh puluh kali!”
Utusan tersebut kemudiannya beredar ke istana sultan dan melakukan apa yang diarah oleh Imam Ahmad. Lalu jin yang merasuk tadi, melalui lidah perempuan itu berkata: “Kami dengar dan kami taat… dan sekiranya Ahmad mengarahkan kami keluar dari negeri Iraq sekalipun kami akan keluar. Dia sebenarnya seorang yang sangat taatkan Allah. Sesiapa mentaati Allah, segala sesuatu akan mentaatinya juga”. Jin itu keluar dari tubuhnya. Perempuan itu seterusnya kembalil sihat dan kemudiannya dikurniakan beberapa orang cahaya mata.
Setelah kewafatan Imam Ahmad, jin tersebut sekali lagi menggangu perempuan itu. Sultan Mutawakkil sekali lagi menghantar utusannya kepada murid Imam Ahmad iaitu Abi Bakr al Mawarzi dan menceritakan kepadanya keadaan yang telah berlaku. Setelah itu al Mawarzi mengambil terompah kayu yang sama segera pergi ke istana sultan untuk mengubati perempuan itu. Jin yang merasuk itu berkata: “Aku tidak akan keluar dari sini. Aku tidak akan mentaati mu dan tidak mahu menerima mu. Adapun Ahmad, dia adalah seorang yang sangat mentaati Allah, dengan sebab itu kami mentaatinya”. (Syeikh al-Imam al-A’lamah Badrudin Abi Abdillah Muhammad ibn Abdillah Asyibli, Ahkamul Jan, m/s: 152, tahqiq wa dirasah: Dr. Assayyid al Jamiliy, Darul Ibn Zaidun – Beirut, cetakan pertama 1985)
Segala hak cipta penulisan ilmiah yang terkandung di dalam blog ini adalah hak milik Shaikh Dr Hj Jahid bin Hj Sidek al-Khalidi. Tidak dibenarkan mengambil mana-mana tulisan di atas melainkan mendapat kebenaran daripada beliau.
Berdasarkan pengalaman merawat selama hampir 15 tahun, Pengasas dan Pakar PRIM iaitu YBhg Dr Hj Jahid bin Hj Sidek, Pusat Rawatan Islam Manarah insyallah boleh membantu merawat
Penyakit Kronik :-
- Kencing Manis (Diabetis)
- Darah Tinggi (High Blood Pressure)
- Sakit Jantung (Heart Attack)
- Sakit Buah Pinggang (Kidney Failure)
- Migrain / Sakit Kepala
- Sembelit / Buasir
- Angin Ahmar / Stroke
- Lumpuh / Polio
- Denggi
- Resdung
- Jerawat Batu
- Gengren
- Gout
Penyakit Kanser:-
- Kanser Payudaya (Breast Cancer)
- Kanser Rahim
- Kanser Hati
- Pelbagai Jenis Kanser yang lain
Untuk Membuang Sihir – Sihir :-
- Saka
- Seri Muka
- Susuk Cantik
- Penggerun
- Ilmu Kuat
- Busung
- Pelaris
- Ilmu Kebal
- Pelbagai Jenis Silat
- Santau
Untuk Membuang Sikap / Perangai Jahat:-
- Malas / Bodoh / Tidak dapat Belajar@Bekerja
- Panas Baran / Pemarah
- Murung
- Hyper-Active
- Hisap Dadah
- Ketagih Judi / Arak
Untuk membantu jika anda:-
- Tidak dapat anak walaupun sudah lama berkahwin
- Mati Pucuk
- Tidak dapat tidur malam
Amalan Yang Baik Bagi Perawat Dan Pesakit
Amalan Ayat 33
Menurut kitab Senjata Mukmin karya tulisan Al-Allamah Syeikh Haji Husin Qadri, barang siapa beramal dengan membaca ayat-ayat 33 ini pada siang atau malam hari, adalah dia dalam aman sentosa, terpelihara daripada segala kebinasaan dan terpelihara hartanya daripada pencuri, perompak dan sebagainya pada siang atau malam harinya, dengan izin Allah SWT.
Ayat 33 ini juga dikenali sebagai ayat manzil menurut Syeikh Muhammad Talha. Ia disebut juga dalam pelbagai kitab seperti Al-Qaulul Jamil karya tulisan Al-Muhaddithin Syeikh Syah Waliullah r.a. dan Bihisti Ziwar karya Syeikh Ashraf Ali Thanawi.
Al-Muhaddithin Syeikh Syah Waliullah r.a. mengatakan bahawa 33 ayat-ayat ini akan menyelamatkan seseorang daripada mara bahaya sihir. Di samping itu, seorang pembaca ayat-ayat ini akan terlindung daripada bahaya syaitan, pencuri, binatang buas dan lain-lain.
Syeikh Ashraf Ali Thanawi di dalam kitabnya Bihisti Ziwar, mengajar cara perubatan menggunakan ayat ini. Menurutnya, jika dikhuatiri seseorang telah terkena sihir atau dirasuk syaitan Dan, jikalau terdapat gangguan syaitan atau sihir di dalam rumah, percikan air tersebut kepada keempat-empat penjuru rumah.
Al-Marhum Sahibus Samahah Al-Allamah As-Syeikh Haji Ahmad Bin As-Syeikh Haji Muhammad Said r.a., Mufti Besar Pertama Kerajaan Negeri Sembilan (bapa kepada mantan Mufti Besar Sahibus Samahah Al-Allamah As-Syeikh Haji Murtadza Bin As-Syeikh Haji Ahmad) dalam kitabnya Safinatus Salamah telah mengesyorkan beramal dengan ayat 33 ini bersama-sama dengan ayat 7, ayat 5 dan ayat 3 bagi pemeliharaan, kawalan dan kesentosaan buat diri, ahli keluarga dan harta benda serta perubatan daripada penyakit dan keselamatan daripada bala dan lain-lain lagi.
Adapun menurut kitab yang juga ditulis oleh Sheikh Ahmad di atas, Tuhfatul Auton Wal Ikhwan Fi Zikri Ba’dil Azkar Wal Aurad Wal Ad’iyyah Allati Tata’allaqu Bil Auqot Wal Azman, ayat 33 ini juga dikenali sebagai ayat Hirz dan ayat Hirs.
Menurut beliau, ayat 33 ini diriwayatkan oleh Abdullah Ibnu Umar R.A. yang menyatakan barang siapa membaca ia pada malam hari tiada mudarat kepadanya oleh binatang-binatang buas dan pencuri yang menganiayai, serta disihatkan dan dilindungkan dirinya, ahli keluarganya dan harta bendanya, sehingga ke pagi.
Dan direntangkan di antara orang yang membacanya dan seterunya dengan satu pagar daripada besi. Dan dikatakan pada ayat 33 ini ubat kepada 100 jenis penyakit (kita berdoa semoga Allah SWT menyembuhkan kita daripada semua penyakit itu) termasuklah penyakit kusta, gila, sopak dan mati anggota (lumpuh).
Yang dimaksudkan ayat 33 ini adalah 33 ayat-ayat terpilih daripada Al-Quran Al-Karim. Ayat-ayat ini dinyatakan dan digunakan sendiri oleh Nabi Muhammad SAW seperti yang dinyatakan di dalam hadith iaitu:
Ubai bin Kaab R.A. meriwayatkan “Sewaktu kami bersama Rasulullah S.A.W datang seorang Badwi kepada baginda dan berkata “Ya Rasulullah, saya ada saudara yang ditimpa penyakit. “Baginda bertanya: “Penyakit apa?” Jawabnya ” Sejenis penyakit gila”. Rasulullah meminta orang itu membawa saudaranya, lalu baginda membaca ayat-ayat di atas. Kemudian orang sakit itu pun bangun dan pergi dari situ, penyakitnya telah hilang. (Kanzul Ummal Jilid 1 m.s. 212)
Hadith sahih mengenai amalan ini terdapat dalam kitab Hayatus Sahabah (Jilid 3 mukasurat 374) karangan As-Syeikh Al-Kabir Maulana Yusuf r.a. dan dikeluarkan oleh Imam Ahmad, Al-Hakim dan At-Tirmizi.
Ada pun sahih pada periwayatan hadith tidak bermakna kandungan hadith-hadith semestinya sama sepenuhnya. Justeru, ada hadith-hadith sahih yang sedikit berbeza matannya tetapi mempunyai maksud dan tujuan yang sama. Maka mengamalkan ayat 33 ini haruslah mengikut ilmu yang diajarkan oleh guru-guru mursyid masing-masing walaupun sedikit berbeza antara satu guru mursyid dengan yang lain.
Menurut Syeikh Ahmad, ayat 33 adalah seperti berikut:
01. Al-Fatihah (1-7)
02. Al-Baqarah (1-5)
03. Al-Baqarah (163-164)
04. Al-Baqarah (255-257)
05. Al-Baqarah (284-286)
06. Al-A’raf (54-56)
07. Al-Israk (110-111)
08. As-Saffat (1-11)
09. Ar-Rahman (33-35)
10. Al-Hasyr (21-24)
11. Al-Jinn (1-4)
Adapun menurut Syeikh Husain Qadri, ayat 33 adalah seperti berikut:
Dimulakan dengan Al-Fatihah.
01. Al-Baqarah (1-5)
02. Al-Baqarah (255-257)
03. Al-Baqarah (284-286)
04. Al-A’raf (54-56)
05. Al-Israk (110-111)
06. As-Saffat (1-11)
07. Ar-Rahman (33-35)
08. Al-Hasyr (21-24)
09. Al-Jinn (3-4)
Beza di antara ayat 33 ini menurut Syeikh Ahmad dan Syeikh Husain Qadri hanyalah pada 03. Al-Baqarah (163-164) dan 11. Al-Jinn (1-4).
Bagaimanapun terdapat lebih banyak ayat di dalam ayat Manzil berbanding ayat 33 yang sebahagiannya telah dirujuk sebagai ayat 15 (Insya Allah saya akan membincangkannya dalan tazkirah yang lain). Bolehlah disimpulkan bahawa ayat Manzil merujuk kepada himpunan ayat yang berbeza daripada himpunan ayat 33.
Ayat 33 menurut Syeikh Husain Qadri secara tidak langsung telah dipersetujui oleh semua tanpa sebarang pertikaian dan lebih utama diamalkan tanpa keraguan. Bagaimanapun, tiada salahnya bahkan lebih baik membaca lebih seperti menurut Syeikh Ahmad atau ayat Manzil.
Semoga kita dapat beramal di setiap hari dan malam serta mendekatkan diri kita kepada Allah SWT dengan ayat 33 ini.
Dua kaedah untuk mengubati sakit menggunakan ayat 33 ini:
1. Pesakit mengamalkannya sendiri.
2. Membaca ayat 33 ini dan menghembuskannya pada air dan diberi minum kepada pesakit.
Amalan Ayat Manzil
‘MANZIL’ susunan Shaikhul Hadith Maulana Muhammad Zakaria Kandahlawi RA ini mengandungi beberapa ayat al-Quran yang telah diajar oleh Rasulullah SAW kepada sahabat RA sebagai syifa’ (penawar dan ubat) dari beberapa jenis penyakit rohani dan jasmani serta sebagai pelindung dari sihir dan gangguan jin/syaitan. Hadith sahih mengenai amalan ini terdapat di dalam kitab “HAYATUS SAHABAH” (Jilid 3 mukasurat 374) yang dikarang oleh as-Syeikhul Muhammad Yusuf Khandlawi RAH. Hadith ini telah dikeluarkan oleh Imam Ahmad, Hakim dan Tirmizi.
Ubai bin Kaab r.a. telah meriwayatkan ; Sewaktu kami bersama Rasulullah saw se orang badwi telah datang kepada Baginda dan berkata;”Ya Rasulullah saw saya ada seorang saudara yang telah ditimpai penyakit.” Baginda saw telah bertanya; “penyakit apa?” jawab nya;”sejenis gila,” Rasulullah saw menyuruh orang itu membawa saudara nya. Kemudian Baginda Rasulullah saw telah membaca surah Al-Fatihah. empat ayat pertama surah Al-Baqarah(2;1-4)ayat bermula dangan Wa ilahukum ilahu wahid (2;163).Ayat Syahidallahuannahu (3;18), ayat terakhir surah Al Mukmunun (23;118) ayat dari surah Al-Jin :Wa annahu ta’ala (72;3),sepuluh ayat pertama surah Was-syaffat (37;1-10) ,tiga ayat terakhir dai surah Al-Hasyar (59;22-24) surah Al-Ikhlas (113;1-5) dan surah An-Nas (114;1-6). Selepas itu orang yang berpenyakit itu bangun dan pergi dari situ. Penyakit yang di deritai nya itu telah hilang.
*Ayat-ayat Al-Quran yang dimaksudkan itu ialah: Surah Al-Fatihah; Surah Al-Baqarah ayat 1-5, 163, 255-257, 284-286; Surah Ali Imran ayat 18, 26-27; Surah Al-A’raaf ayat 54-56; Surah Al-Isra Ayat 110-111, Surah Al-Mu’minun ayat 115-118; Surah As-Shaffat ayat 1-11; Surah Ar-Rahman ayat 33-40; Surah Al-Hasyr ayat 21-24; Surah Al-Jin ayat 1-4; Surah Al-Kafirun; Surah Al-Ikhlas; Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas.
Secara ringkasnya, memang terdapat hadis-hadis yang menceritakan tentang sesuatu fadhilat atau kelebihan surah dan ayat-ayat tertentu dalam al-Quran seperti :
1. Kelebihan Surah Al-Fatihah : Hadis Ubai bin Ka’ab riwayat Ibn Hibban 772 , Al-Hakim 1/558 , Ibn Khuzaimah 500 dan Tirmizi 2875. Tirmizi mengatakan ianya Hasan Sahih dan juga dinilai Sahih dalam Al-Targhib wa al-Tarhib no : 2150.
2. Keseluruhan surah Al-Baqarah dan Ali ‘Imran : Hadis Abu Hurairah ra riwayat Imam Muslim 804.
3. Ayat 255 surah al-Baqarah (ayat al-Kursi) : Hadis Ubai bin Ka’ab riwayat Muslim 810 , Abu Daud 1460 dan Ahmad 5/142.
4. Penutup Surah Al-Baqarah (ayat 285 dan 286) : Hadis Ibn Abbas riwayat Muslim 806 , An-Nasaie 2/138 dan Al-Hakim 1/558.
5.10 ayat terakhir surah Ali-‘Imran (190 – 200) : Hadis Saidatina ‘Aisyah r.ha riwayat Ibn Hibban dalam Sahihnya 619.
6. Surah Al-Ikhlas : Hadis Muaz bin Jabal r.a riwayat Imam Ahmad 3/437 dan dinilai Sahih oleh Albani dalam Sahih al-Jami’ As-Saghir no : 6472. Hadis Abu Hurairah ra riwayat Imam Bukhari 5013 , Imam Muslim 812 dan Tirmizi 2900.
7. Surah Al-Falaq dan An-Nas : Hadis ‘Uqbah r.a riwayat Muslim 813 , Tirmizi 2902 , An-Nasaie 2/158 dan Abu Daud 1462.Hadis Jabir ra rimayat Ibn Hibban dalam Sahihnya 793 dan Al-Hakim 2/540. Disahkan serta dipersetujui oleh Az-Zahabi.
Fadhilat Manzil ini terlalu banyak. Dari pengalaman, Manzil ini sangat mujarab untuk menyembuh penyakit sihir, jin, binatang buas dan lain-lain.
Selain “Manzil” terdapat juga ayat “MUNJIYAT” yang diperolehi dari pengalaman Ibn Sireen Rah untuk melepaskan diri dari kesusahan dan ayat-ayat syifa’ dari pengalaman Imam Abu Qassim al-Qushairi .
Suatu perkara yang sgt penting dalam mengamalkan ayat-ayat “Manzil ” ialah anda harus membacanya dengan penuh tawajjuh (menumpukan sepenuh perhatian kepada allah SWT). Sejauh mana seseorang mempunyai keimanan dan keyakinan terhadap allah sejauh itulah amalan ini akan memberi manfaat. Tidak syak lagi bahawa nama-nama ALLAH SWT dan kalimat-kalimatnya mengandungi terlalu banyak berkat.
Walaubagaimana pun secara umumnya keseluruhan Al-Quran itu sebenarnya adalah penyembuh sebagaimana firman Allah swt dalam surah al-Isra , ayat 82 :
وَنُنَزِّلُ نَ الْقُرْآمِنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ وَلا يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إِلا خَسَارًا
Maksudnya: “Dan Kami turunkan dari Al Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian”.
Untuk Rujukan Dan Amalan Ayat Manzil boleh dimuat turun di sini:
http://www.primanara.blogspot.com/p/httpwww.html
Ibu Pejabat PRIM Pusat
Ustaz Hj Abdul Halim Bin Mohad @ Ramli,
Pengerusi Biro Perubatan BUDI 019-384 4036
Prof Dr Hj Roslani Embi, 019-2133955 /019-2122325
Ustaz Hj Musyafian Bin Kholil: 014-639 3167
Ustaz Faiz 012-2819 354
Ustaz Hj Othman: 016-6589 991
Ustaz Asyraf: 012-5149 130
Ustaz Hj Zolkiplee: 012-3746 480
Peringatan Penting: Sila buat temujanji untuk rawatan dan khidmat rundingan di PRIM cawangan seluruh Malaysia. Rawatan hanya dijalankan dengan temujanji di semua cawangan PRIM. Berikut adalah sebahagian cawangan PRIM di seluruh Malaysia:
Ustaz Hj Ahmad Daud, Ampang Selangor 012-205 2827
Cawangan PRIM di Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman
Lot PT34098, Tingkat Atas,
Wisma Tengku Ramli (TR),
Kg. Tepoh, Jalan Kelantan,
21060 Kuala Terengganu,
Dr Hj Syed Hadzrullatfi: 019-934 7600
Ustaz Hj Abdul Aziz: 019-956 7786
Ustaz Hj Shaiful Bahri: 012-959 2944
Ustaz Hj Tuan Ismail: 019-988 7919
Cawangan PRIM di Dungun, Terengganu Darul Iman
Ustaz Hj Mokhtar Zahudi 013-9839001
Ustaz Hj Suhaimi 019-9067848
Cawangan PRIM di Kuantan, Pahang Darul Makmur
Tuan Hj Rasdi Bin Abdul Kadir 019-959 1949
Dr Hj Mahyuddin Ismail 019-9800573
Cawangan PRIM di Batu Pahat, Johor Darul Takzim
Ustaz Hj Bahrol Bin Badron 012-736 5332
Cawangan PRIM di Johor Bharu, Johor Darul Takzim
Ustaz Suhaimi 013-9320289
Ustaz Hamidon Tukimin 019-7766 171
Cawangan PRIM di Miri, Sarawak
Ustaz Syahrun 013-8012238
Cawangan PRIM Kota Kinabalu, Sabah
Ustaz Akrabin Awang 016-557 0436
Encik Muzafar Idris 012-720 5030
Untuk maklumat lanjut sila kunjungi
dan
2 comments
tok guru dr jahit sidek
ok
EmoticonEmoticon