Ranting pokok nona atau bullock’s heart ditemui kerana banyak kelebihannya. Sebelum ditemui ranting nona Dr Jahid dan para pembantunya telah mencuba menggunakan berbagai ranting kayu. Didapati ranting-ranting yang digunakan ada meninggalkan kesan bias pada tubuh pesakit. Bila ranting nona digunakan kesan bias tidak ada sama sekali.
Selain daripada tidak ada meninggalkan kesan bisa, terdapat juga berbagai keistimewaan ranting nona ini:
- Sangat digeruni dan ditakuti oleh jin dan syaitan yang berada dalam tubuh pesakit.
- Kesannya sangat baik kerana ia segera menyembuhkan berbagai penyakit.
- Tidak perlu diketuk dengan kuat, tapi memadai dengan cara perlahan-lahan. Biasanya memadai ranting nona itu diangkat kira-kira 45 darjah sahaja.
- Berat, ketumpatan dan kemantapan ranting nona sangat sesuai digunakan untuk tujuan perubatan ini.
- Ranting nona sangat tahan. Jika digunakan dengan cermat sebatang ranting nona boleh digunakan sampai berbulan-bulan.
- Berkesan juga dengan baik bagi mengubati penyakit biasa (berbagai penyakit yang bukan disebabkan oleh jin dan syaitan).Kepercayaan sesetengah orang cina dan india beranggapan bahawa pokok nona menakutkan hantu. Sebab itu mereka menanamnya di sekitar rumah mereka.
Menurut kajian yang telah dibuat oleh pakar-pakar ubat-ubatan herba mendapati bahawa setiap bahagian pokok nona ada khasiat ubatan. Daun, ranting, kulit, buah, akar dan lain-lain bahagian pokok tersebut ada khasiat ubatan. Daun, kulit kayu dan buah yang masih hijau boleh direbus bersama untuk tujuan penyembuh berbagai penyakit.
Penemuan kita pula ialah rantingnya sangat baik dan sangat sesuai untuk digunakan dalam kaedah perubatan refleksologi Islam ini.
BUAH NONA
Famili : Annonaceae
Nama Latin : Annona reticulata
Nama Indonesia : Mulwo, Binoa, Manowa
Kawasan / asal : Secara semulajadi ia terdapat di Amerika Tengah seperti Indies Barat. Ia dibawa ke Timur pada waktu yang sangat awal, kemungkinan di bawa dari Spaniards dan kini ia telah membiak dan di jadikan tananman di Timur seperti di negara Indonesia dan Malaysia.
Ciri- ciri fizikal : Ia mempunyai batang yang berpokok dimana tingginya sekitar 3-7 meter. Semua bahagian pokoknya mempunyai bau yang kuat apabila ia terluka atau lebam. Daunnya berbentuk bujur dan agak lembik di hujung tepinya manakala bunga adalah dalam “short inflorescences”.
Buahnya berbentuk seperti sfera, berdiameter 5-12 cm. Isinya bewarna putih kotor. Ia mempunyai biji yang bewarna coklat kehitaman. Pokok Nona mudah dikenali dimana buahnya hampir menyerupai buah Srikaya. Buahnya bewarna coklat kemerahan. Di beberapa tempat ia dikenali sebagai Srikaya biru hijau, berbintil-bintil dan buah Sirsak berduri; dengan rasa yang sangat sedap dan spesifik.
Nilai Ubatannya : kulitnya boleh digunakan sebagai astrigen (ubat yang boleh mengecutkan kulit) yang digunakan untuk menyembuhkan penyakit diarrhoea (cirit- birit) dan dysentry (cirit-birit berdarah). Caranya ialah dengan mengambil sedikit kulit bersaiz lebih kurang dua jari dan dimasak dengan 400 cc air sehinggalah air itu tinggal hanya 50% dan di minum sebanyak tiga kali. Bagi kegunaan luaran pula, kulitnya boleh menjadi penawar demam yang tiba-tiba serta untuk melawaskan pundi kencing.

Daunnya adalah ubat untuk merawat bisol. Bijinya juga mempunyai nilai ubatan dimana ekstrak bijinya juga boleh digunakan untuk merawat cirit-birit. kulitnya mempunyai tannin (asid yang diperolehi daripada beberapa jenis pokok dan digunakan untuk menyamak kulit) dan Alkaloid Anonaine (juga boleh didapati pada kulit Srikaya). Akarnya adalah beracun dan mungkin boleh membawa maut kepada manusia. Daunnya mengandungi getah toksik yang boleh bertindak seperti dadah. Kulitnya mengandungi dua alkaloid iaitu Murinine dan Muricine, manakala bijinya juga mengandungi alkaloid dan daunnya mempunyai minyak perlu, Resin potasium klorida, tannin dan sedikit alkaloid.
(http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s3_99/ibrahima.htm)
ANNONA SQUAMOSA
Famili : Annonaceae
Nama Tempatan : Nona/Srikaya
Kegunaan/Kaedah Penggunaan
Daun pokok nona ini boleh direbus dan diminum bagi mengatasi masalah mual-mual, sengal-sengal tulang, batuk dan selsema. Daunnnya boleh ditumbuk dan digunakan bagi mencuci rambut untuk mengatasi masalah sakit kulit terutamanya bisul.
Kulit buah tumbuhan ini boleh direbus dan diminum bagi menyembuhkan demam dan cirit birit . Manakala air rebusan akarnya boleh digunakan sebagai julap dan juga mengatasi masalah sakit tulang belakang dan sakit pinggang.
Biji buahnya boleh ditumbuk dan disapu bagi mengatasi masalah sakit sendi dan juga membunuh kutu pada rambut. Bijinya mempunyai kesan toksik dan tidak boleh dimakan.
(http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s2_99/a58700.htm)

2 comments
sedap un sedap. ada khasiat tuk rawatan jgk dihhhh
kayu teras2 pun boleh. teras gemunggal. raja kayu
EmoticonEmoticon