Belajar Bahasa Arab Secara Online Paling Berkesan


PENTINGNYA BAHASA ARAB

Bahasa adalah sesuatu yang sangat unik dan penting bagi sesebuah bangsa umpama ikan yang cinta akan air, begitulah pentingnya bahasa bagi sesebuah bangsa.

Dalam erti kata lain “bahasa melambangkan bangsa”. Kita boleh dapati setiap manusia yang wujud di muka bumi ini mempunyai bahasa mereka yang tersendiri, misalnya: Di Asia barat menggunakan bahasa Arab dan di Eropah pula menggunakan bahasa Inggeris manakala Asia Tenggara ada yang menggunakan bahasa Melayu, Mandarin, Tamil dan lain-lain lagi. Bahkan satu kajian yang telah dibuat oleh Ethnologue tentang jumlah bahasa, jumlahnya mencecah sekitar 6,912 bahasa yang ada di dunia ini.

Bahasa Arab merupakan salah satu bahasa daripada 6,912 bahasa dan Bahasa Arab merupakan bahasa yang paling baik dan sempurna kerana struktur ayat, tatabahasa, pembetukan perkataannya bahkan ianya adalah bahasa al-Quran, perkataan Nabi Muhammad s.a.w juga dalam bahasa Arab. Allah azza wajalla berfirman dalam al-Quran bahawa bahasa al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab. Allah berfirman di dalam Surah Yusuf:2 yang membawa maksud: 
“Sesungguhnya Kami menurunkan kitab itu sebagai quran yang dibaca dengan bahasa arab, supaya kamu berfikir”. 
Menurut Ethnologue, pada ketika ini terdapat 10 bahasa utama dan bahasa Arab mendapat tempat kelima dengan jumlah penutur asli mencapai 300 juta orang.

Jika jumlah penuturnya dicampurkan dengan penutur bukan aslinya, maka sudah pasti jumlah itu bertambah berkali ganda di seluruh dunia merangkumi penganut Islam dan bukan Islam.

Bagi masyarakat Islam, bahasa Arab mempunyai kedudukan istimewa kerana dipilih menjadi bahasa pengantara bagi membawa mesej Islam. Selain itu, semua amal ibadah umat Islam tidak terlepas daripada penggunaan bahasa Arab, malah menjadi syarat sesuatu ibadah itu diterima seperti ibadah solat dan haji.

Hal ini menjadikan bahasa Arab amat sinonim dengan Islam dan umatnya. Bahasa Arab dipercayai datang ke Tanah Melayu bersama Islam dan mula diajar serta dipelajari secara teratur melalui sistem pengajian pondok dalam abad ke-19 hinggalah sekarang.

Bahasa Arab begitu dekat di hati umat Melayu dan hampir 1,700 patah perkataan Arab telah diterimapakai di dalam bahasa Melayu sejak awal kedatangan Islam di dunia nusantara. Bahasa Arab sudah sebati dan menjadi darah daging umat Islam dulu, kini dan selamanya di mana hampir setiap hari mereka akan mendengar dan bertutur di dalam bahasa Arab tanpa disedari. Buktinya ialah setiap hari kita diwajibkan bersembahyang yang mana bacaan dan doa di dalamnya adalah di dalam bahasa Arab manakala kita juga akan mendengar laungan azan dan iqamat setiap kali tibanya waktu sembahyang yang juga di dalam bahasa Arab.

Lebih unik lagi bagi umat Islam, perkataan pertama yang didengar sejurus selepas dilahirkan ke dunia ialah azan dan iqamat yang menandakan kecintaan kita terhadap bahasa Arab telah diterap sejak masih bayi lagi. Kajian Syed Muhammad Naquib Al-Attas pada tahun 1984 mendapati bahawa selain perkataan Arab yang diserap ke dalam bahasa Melayu, tulisan Arab juga diambil secara keseluruhan dan dijadikan tulisan bahasa Melayu. Ketinggian dan keistimewaan bahasa ini telah diakui dan dibuktikan oleh pakar-pakar ilmu bahasa (linguisticans), pengkaji bahasa (philogist) dan perkamusan (lexicographer) Barat. Bahasa Arab dianggap sebagai bahasa yang telah lama mempengaruhi iklim bahasa dunia dan membantu kepada perkembangan tamadun manusia serta menjadi dinamo yang telah berjaya merubah dan membentuk keperibadian struktur sesebuah negara bangsa.

Kitab al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w untuk disampaikan kepada seluruh umat manusia juga adalah di dalam bahasa Arab dan seluruh umat Islam digalakkan membaca, memahami, menghafal, mengikuti segala ajaran dan melaksana serta menterjemahkan segala panduan di dalam kehidupan seharian. Membaca al-Quran seolah-olah kita sedang berdailog dan berkomunikasi dengan Allah s.w.t secara live, satu pengalaman yang amat unik dan perlu dijadikan amalan harian umat Islam. Realiti ini menjadikan bahasa Arab mampu melonjak corak dan tahap pemikiran manusia yang lebih holistik, komprehensif dan membentuk satu anjakan paradigma ke arah menjadi individu yang versatil dalam menangani survival semasa umat Islam.

BAHASA ARAB DALAM AL-QURAN

Berikut, kami paparkan kepentingan Bahasa Arab sebagai yang disebutkan dalam al-Quran.

1] Surah Yusuf
[1] Alif, Laam, Raa’. Ini ialah ayat-ayat Kitab Al-Quran yang menyatakan kebenaran. [2] Sesungguhnya Kami menurunkan kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya.

2] Surah Ar-Ra’du
[37] Dan demikianlah Kami menurunkan Al-Quran sebagai hukum dalam bahasa Arab. Dan demi sesungguhnya, jika engkau (wahai Muhammad) menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya kepadamu wahyu pengetahuan (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau peroleh dari Allah sesuatupun yang dapat mengawal dan memberi perlindungan kepadamu (dari perkara-perkara yang tidak diingini).

3] Surah An-Nahl
[103] Dan demi sesungguhnya Kami mengetahui, bahawa mereka yang musyrik itu berkata: ” Sebenarnya dia diajar oleh seorang manusia”. (Padahal) bahasa orang yang mereka sandarkan tuduhan kepadanya itu ialah bahasa asing, sedang Al- Quran ini berbahasa Arab yang fasih nyata.

4] Surah Taha
[113] Dan demikianlah Kami telah menurunkan Al-Quran sebagai bacaan dalam bahasa Arab, dan kami telah terangkan di dalamnya berbagai-bagai amaran supaya mereka (umat manusia seluruhnya) bertaqwa, atau mereka mendapat daripadanya sesuatu peringatan dari faedah mereka.
5] Surah Asy-Syu’araa’
[195] (Ia diturunkan) dengan bahasa Arab yang fasih serta terang nyata.

6] Surah Az-Zumar
[27] Dan demi sesungguhnya! Kami telah mengemukakan kepada umat manusia berbagai misal perbandingan dalam Al-Quran ini, supaya mereka mengambil peringatan dan pelajaran. [28] laitu Al-Quran yang berbahasa Arab, yang tidak mengandungi sebarang keterangan yang terpesong; supaya mereka bertaqwa.

7] Surah Fussilat
[1] Haa, Miim [2] Turunnya Kitab ini dari Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. [3] Sebuah Kitab yang dijelaskan ayat-ayatnya satu persatu; iaitu Al-Quran yang diturunkan dalam bahasa Arab bagi faedah orang-orang yang mengambil tahu dan memahami kandungannya.

8] Surah Asy-Syuura
[7] Dan sebagaimana Kami tetapkan engkau hanya penyampai, Kami wahyukan kepadamu Al-Quran dalam bahasa Arab, supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada (penduduk) “Ummul-Qura” dan sekalian penduduk dunia di sekelilingnya, serta memberi peringatan dan amaran mengenai hari perhimpunan (hari kiamat) – yang tidak ada syak tentang masa datangnya; (pada hari itu) sepuak masuk Syurga dan sepuak lagi masuk neraka.

9] Surah Az-Zukhruf
[1] Haa, Miim. [2] Demi Kitab Al-Quran yang menyatakan kebenaran. [3] Sesungguhnya Kami jadikan Kitab itu sebagai Quran yang diturunkan dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal) memahaminya.

10] Surah Al-Ahqaaf
[12] (Bagaimana mereka tergamak mengatakan Al-Quran ini rekaan dusta yang telah lama?) Pada hal telah ada sebelumnya Kitab Nabi Musa yang menjadi ikutan dan rahmat (kepada umatnya); dan Al-Quran pula sebuah Kitab – yang mengesahkan kebenaran (kitab-kitab yang telah lalu), – diturunkan dalam bahasa Arab untuk memberi amaran kepada orang-orang yang zalim, dan berita gembira bagi orangorang yang berbuat kebaikan.

11] Surah An-Nisa’
[82] Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi Al-Quran? Kalaulah Al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya. An-Nisa’ 4:82



BAGAIMANA MEMPELAJARI BAHASA ARAB

Ramai di kalangan kita pernah belajar Bahasa Arab sama ada secara rasmi ataupun tidak. Walau bagaimanapun kebanyakan daripada kita masih ada yang mengeluh mengatakan bahawa tidak dapat menguasai secara menyeluruh untuk berbahasa Arab.

Pelbagai persoalan yang wujud di minda antaranya:

- Apakah rahsia untuk mahir berkomunikasi dalam Bahasa Arab?
- Apakah tips yang mudah untuk menguasai Bahasa Arab?
- Adakah teknik mudah untuk mempelajari Bahasa Arab?
- Siapakah yang boleh membantu untuk mempelajari Bahasa Arab?
- Berapa lamakah pula masa yang diperlukan?
- Adakah Bahasa Arab ini mudah dipelajari?


Cadangan Untuk Belajar Bahasa Arab Paling Berkesan Dan Sistematik Secara Online 





BAHASA ARAB ADALAH :

1. Bahasa Syurga
2. Bahasa Solat
3. Bahasa Zikir
4. Bahasa Antarabangsa 
5. Bahasa Para Nabi








EmoticonEmoticon