Showing posts with label Amalan. Show all posts
Showing posts with label Amalan. Show all posts

Allah Sangat Sayang Padanya Bila Amal Solat Dhuha Dengan Kaifiat Ini




Ramai tak tahu lagi kan ? Jadi, saya nak kongsikan kaedah ini. Allah Sangat Sayang Padanya Bila Amal Solat Dhuha Dengan Kaifiat Ini. 

Rakaat Pertama :
Bacaan lepas Al-Fatihah, baca Ayatul Kursi 11 kali.

Rakaat Kedua :
Bacaan lepas Al-Fatihah, baca Surah Al-Ikhlas 11 kali.





Sumber : 
Al-Jauhar al-Mauhub Wa Munabbihat al-Qulub - Ali bin Abdul Rahman al-Kelantani

Download Full Kitab :
https://ia902900.us.archive.org/10/items/aljauharalmauhub/aljauharalmauhub.pdf





Versi Asal : Muka Surat 83




Admin Sunting Bahagian Solat Sunat Dhuha Dengan Kaedah Khusus Untuk Meraih Keredhaan Dan Kasih Sayang Allah.




Cover kulit kitab Jauhar Al-Mauhub versi edisi Jawi yang asal.



Manakala, dalam kita Jauhar Mauhub edisi Rumi pula, di muka surat 153











Selamat Beramal !!






Amalan Selawat 40 Hari Berterusan

Makin kita berumur, ibadah kena banyak, zikir kena banyak. Makin kita berumur, SELAWAT ke atas junjungan Nabi Muhammad kena banyak. Makin kita berumur, akhlak dan adab kita kena jaga. 



Amalan 40 Hari Berterusan 

Dalam Darah Manusia Terdapat 150,000 Titik

100 Kali Selawat Barulah Dapat Membersihkan Kekotoran Pada Satu Titik Darah. 

Jadi Darah Kejinan Wajiblah Dicuci Dengan Selawat Nabi Sebanyak 5.1juta Kali Untuk Membersihkannya Menjadi Sebaik-Baik Darah Kekasih Allah. 

Untuk Permulaan Mendapatkan Kekuatan Iman, Kita Perlu Berselawat Sebanyak 40,000 Selama 40 Hari

Siapkan 500x Selepas Subuh dan 500x Selepas Asar Setiap Hari. Insya Allah Sesuatu Yang Ajaib Akan Berlaku. 

Hati Anda Akan Terpaut Dengan Rasulullah Saw Dan Para Ahlullah. 

Jalan Mendekatkan Diri Kepada Tuhan Menjadi Mudah. 

Urusan Dunia Di Permudahkan. .





Nota Admin :

Untuk mencapai bilangan selawat yang banyak dalam sehari, perlu lah anda pilih selawat yang pendek sahaja. Seperti selawat Jibril atau selawat Nabi Khidir, ataupun selawat Ratibul Haddad.

Selawat yang mempunyai gandaan pahala itu lain cerita. 















Amalan Menebus Diri Dari Api Neraka






Untuk menebus diri kita daripada api neraka, ini adalah amalan yang sangat dituntut, iaitu menghadiahkan surah Al Ikhlas 70,000X untuk diri kita. (Sebaiknya dibaca selepas amalan Al Fatihah setiap hari). Tetapi haruslah diingat, tiada jaminan yang aqidah kita tidak boleh/akan terpesong setelah mengamalkannya.

Dan hendaklah juga dihindari dari merasa 'ujub (bangga diri) yang kita telah melaksanakannya, berbanding dengan orang lain. Selama masa untuk menghabiskan amalan ini, tidak diharuskan untuk kita menghadiahkan Al Ikhlas ini kepada orang lain.

Jika ingin bersedekah, maka memadailah bersedekah hanya dengan Al Fatihah dan/atau Yaasin dahulu. Jika telah selesai, bolehlah pula kita melakukannya/menghadiahkan Al Ikhlas 70,000X ini untuk ibu dan ayah kita.
 
Juga baca dalam seumur hidup akan Tahlil Mutlak iaitu Laailaaha illallooh sebanyak 100,000X. Ada hadis memperkatakan kaifiat/cara Tahlil ini.
 
 




Banyakkan Membaca Al Fatihah Pada Hari Kelahiranmu



Fatihah wajib baca 17 kali dalam sehari iaitu semasa dalam Solat Fardhu. Ini ada amalan khusus dari Gus Nur (Indonesia), untuk beramal dengan surah Al fatihah yang dahsyat.

Kaedahnya :

Baca fatihah pada HARI KELAHIRAN mu dengan JUMLAH UMUR mu, sebanyak 3 kali round. Setiap kali habis 1 round itu, bacalah istighfar 3 kali dan selawat 3 kali.




Manfaat Al Fatihah secara umumnya : 

  • Agar selamat dan bahagia di dunia.- Khasiat surat Al-Fatihah yang pertama adalah untuk memperoleh keselamatan dan kebahagiaan di dunia. Caranya: bacalah surat Al-Fatihah sebanyak 41 kali sesudah solat sunnah qabliyah Subuh (solat sunnah sebelum solat fardhu Subuh) secara terus menerus.
  • Supaya rezeki lancar dan tercapai cita-cita. - Maka jika Anda ingin pangkat keduniaan insya Allah akan berhasil, jika Anda miskin maka boleh menjadi kaya, jika punya hutang boleh segera lunas, jika sakit segera sembuh, jika lemah menjadi kuat, menjadikan seseorang mulia, ditakuti musuh, semua orang akan mencintai, semua kata-katanya akan diperhatikan dan dipercayai oleh masyarakat, dan selamat dari segala bencana.
  • Mengubati segala jenis penyakit - adalah supaya rezeki mudah mengalir dengan lancar dan tercapai cita-citanya. Caranya: bacalah surat Al-Fatihah sebanyak 21 kali setiap selesai solat fardhu secara terus menerus, maka insya Allah rezeki Anda akan selalu mengalir bagai air bah, dijaga dari segala macam kejahatan, dimuliakan masyarakat, dan berhasil semua maksud atau cita-cita yang ingin dicapai.

SUMBER