Download Full Kitab :
https://ia902900.us.archive.org/10/items/aljauharalmauhub/aljauharalmauhub.pdf
Admin Whatsapp
SELAWAT FATIH DI ALAM MELAYU
● Orang yang berselawat dengan Selawat Fatih seperti orang yang mengetuk pintu Hakikat Nabi ﷺ
PENYEBARAN SELAWAT FATIH
Selawat Fatih datang di alam Melayu atas tangan Tiga orang Ulama Melayu :-
1. Syeikh Daud Al Fatani
2. Syeikh Abdul Somad Al Falimbani
3. Syeikh Arsyad Al Banjari
1) Syeikh Daud Fatani menyebarkan Selawat Fatih di :
-Fatani
-Yala hingga
-Kelantan
-Terengganu
-Pahang
2) Syeikh Abdul Somad Falimbani :
-Kedah hingga Perak
3) Syeikh Arsyad Banjari:
-Kalimantan
-Banjarmasin
-Mindanao
-Filipin belakang
-Solo
-Sulawisi
-Bugis
● Syeikh Abdul Somad Falimbani memerangi siam dengan selawat Fatih malam di kedah ( perang melayu yang terakhir )
● Masyhur Sanad Selawat Fatih disisi tiga orang Syeikh Melayu tersebut dengan sanadnya "Muhammad Bakri" kerana guru mereka yang empunya selawat Fatih dan awal ialah Syeikh Mustafa Al Bakri As Siddiqi.
● Selepas itu tersebar Tariqah Sammaniah Khalwatiah Al Bakriah di Tanah Melayu khususnya di Utara dan Timur (mereka itu ahli Selawat Fatih).
● Selawat Fatih telah masuk awal di tanah Melayu melalui Syekh Daud Fatani, Syeikh Abdul Somad dan Syeikh Arsyad Banjari, setelah itu Allah Mengkhususkan Johor dan menyampaikan Selawat Fatih kepada Johor melalui Sanad Baru, Sanad yang lain dan saluran baru itu melalui Syeikh Fadil Banten yang menjadi simbol Johor, tanda Kewalian di Negeri Johor dan Beliau menjadi Guru kepada Sultan di zaman tersebut (penasihat), selepas itu datang lagi saluran baru dan sanad baru Selawat Fatih itulah yang dimaksudkan sebagai sentiasa diperbaharui atau memperbaharui limpahan dengan madad.
Sanad Emas dari saluran Sayyidi Syarif Ahmad Al-Hadi Al-Maghribi At Tijani yang Segar dari Maghribi tidak putus lagi sahih seperti zaman Syeikh Ahmad Tijani tidak ada tambahan dan tidak ada campuran.
SANAD EMAS SELAWAT FATIH
سيد
الوجود سيدنا و مولانا محمد صلى الله عليه وسلم
⬇
القطب
المكتوم و الختم المحمدي المعلوم سيدنا و مولانا أحمد التجاني الحسني
⬇
سيدي محمد
الغالي الحسني
⬇
سيدي أحمد بن
محمد الكنسوسي الجعفري الهاشمي
⬇
سيدي الحاج
الحسين اليفريني الحسني
⬇
مجدد الملة و
الدين سيدي الحاج الأحسن البعقيلي الحسني
⬇
سيدي محمد
الحبيب البعقيلي الحسني
⬇
سيدي الأحسن
اليفريني الحسني
⬇
سيدي أحمد
الهادي الحسني المغربي
● Wali Qutub Selatan Maghribi Sidi Husain Al Yifrini membaca Selawat Fatih 80,000 kali sebelum azan subuh dan sebelum masuk waktu fajar.
● Menteri besar Kerajaan Alawiyah Syarif Maghribi dan Penulis sejarah pada zaman tersbut Sidi Ahmad bin Muhammad Al-Kansusi Al-Ja’fari Al-Hasyimi.
● Ketua Syarif2 di Negeri Faz iaitu punca Syarif dan Said iaitu Sidi Muhammad Al Ghali yang ditanam kembar dengan Saidatina Khadijah.
SANAD SELAWAT FATIH YANG KEDUA
Telah zahir Selawat Fatih sebelum Syekh Tijani melalui Sidi Muhammad Mustafa Al Bakri Siddiqi.
Syeikh Tijani ambil sanad selawat Fatih dengan sanad yang biasa dan lama melalui daripada SIDI MAHMUD ALQURDI AL MISRI Qutub A’zam tanah Mesir dan ambil daripada gurunya SIDI MUHAMMAD AL HAFNI (Syeikhul Azhar) beliau juga Qutub dan Ketua Azhar pada zamannya dan ambil daripada gurunya Sidi Muhammad Mustafa Al Bakri Siddiqi yang khalwat 17 Tahun di Kaabah untuk mengeluarkan Selawat Fatih daripada Hadrah Allah dengan mujahadah dan tawajuhnya.
سيدي
محمد مصطفى البكري الصديقي
⬇
سيدي
محمد بن سالم بن أحمد الحفني الأزهري
⬇
سيدي
محمود الكردي المصري الخلوتي
⬇
القطب
المكتوم و الختم المحمدي المعلوم سيدنا و مولانا أحمد التجاني الحسني
● Ketahuilah Selawat Fatih sampai ke Tanah Melayu sebelum sampai ke Tanah Maghribi.
Sidi Mustafa Al Bakri As Siddiqi ada khalifahnya di Madinah iaitu ( Syeikh Muhammad bin Abdul Karim As Samman ) Tuan kepada Tariqah Samaniah Khalwatiah dan khalifahnya di Mesir (Syeikh Muhammad Al Hafni)
● Antara Syeikh Samman dan Syekh Mustafa Bakri tidak jauh jaraknya seperti Sayyidi dengan Ust Bakri.
Selawat Fatih sampai ke Tanah Maghribi selepas Syeikh Muhammad Al Hafni iaitu anak muridnya Sidi Muhammad bin Abdi Rahman Zuwawi Al Maghribi yang membawa selawat Fatih kepada Tanah Maghribi.
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Salaamun Qaulam Min Rabbir Rahiim.
Jenis-jenis Kematian.
1). Mati Syariat :
Reput, relai, hancur binasa tubuh jasadnya didalam kubur.
2). Mati Tarekat :
Yakni tubuh jasadnya tidak rosak binasa, tetapi dalam keadaan kering kesemua daging-daging, organ, tulang belulang dan kulitnya.
3). Mati Hakikat :
Tubuh jasadnya tetap utuh. Rerambut dan kuku-kukunya bertambah panjang serta raut wajahnya bercahaya gemilang.
4). Mati Ma'rifat :
Tubuh jasadnya hilang ghaib samada didalam kubur atau di-atas dunia, di-ambil oleh para Malaikat untuk dibawa ke Makkah Mukarramah dan di Jabal Qhauf sebelum di-angkat sebagai Wali Allah.
Arif Billah maqam Wali-Wali Allah.
.
Mari kita pakat bersedia bawa bekalan bila kematian menjelma. Bawa bekalan Selawat banyak-banyak agar di alam kubur sana kita aman bahagia dan di alam akhirat kita mendapat syafa'at Baginda Nabi Muhammad serta bersama dengan Baginda di syurga yang penuh kenikmatan. Insya Allah.
https://youtube.com/shorts/A0UaoKSNK7k
Selawat Dan Salam Buat Junjungan Baginda Nabi Muhammad
صَلَّى اللّٰهُ
عَلَى مُحَمَّد
صَلَّى اللّٰهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّم
صَلَّى اللّٰهُ
عَلَى مُحَمَّد
صَلَّى اللّٰهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّم
صَلَّى اللّٰهُ
عَلَى مُحَمَّد
صَلَّى اللّٰهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّم
Ahli Selawat itu adalah pilihan Allah, Allah memilih mereka yang dapat menyebut dan mendoakan akan kekasihNya iaitu Nabi ﷺ.
Tidak pelik seorang itu dapat selawat berbelas belas ribu seharian bahkan berpuluh-puluh ribu secara istiqomah, kerana itu adalah pilihan Allah. Jikalau tanpa taufiq daripadaNya, nescaya satu selawat pun tidak mampu diucapkan.
Sangat beruntunglah bagi mereka yang dipilih oleh Allah iaitu dengan dapat mendoakan Nabi ﷺ sebanyak-banyaknya secara istiqomah, kerana kebaikan selawat itu akan kembali kepada diri orang yang mengamalkannya.
Apabila seorang itu hendak sucikan hatinya, maka lazim atasnya memperbanyakkan selawat sehingga hatinya dipenuhi dengan Anwar Mahabbah (Cahaya-cahaya Kecintaan) dan Tazkiyah an-Nufus, Kerana selawat yang diucapkan itu juga dapat membersihkan dosa-dosa yang telah lalu dan yang adalah terpenting sekali tatkala selawat itu adalah seorang hamba itu mestilah memandang bahawasanya dirinya dapat mengucapkan selawat itu adalah kurniaan Taufiq daripada Allah dan pilihan Allah serta lenyap memandang keakuan dirinya.
Kerana sahnya ikhlas itu adalah dengan melepaskan diri daripada nampak haul dan quwwah dirinya dan makhluk.
صحح إخلصك بالتبر من الحول والقوة
Sahkan Ikhlasmu itu dengan melepaskan diri daripada nampak haul dan quwwah
Jalan untuk mendapatkan kasih dan rahmat Tuhan itu adalah dengan memperbanyakkan selawat serta tahqiq amalmu itu dengan haq-haq 'ubudiyyah (Sifat Kehambaan). Sesiapa yang mendapatkan cinta daripada Allah, maka beruntunglah orang itu dan seluruh penduduk langit dan bumi pasti akan mencintainya juga, dan adapun yang tidak mencintai mereka yang dikasihi Allah itu, adalah mereka itu daripada kalangan yang memusuhi akan kekasihNya.
https://youtube.com/shorts/A0UaoKSNK7k
Sebuah karya Imam Ali Zainal Abidin Dengan niat di baca qosidah ini untuk menunaikan segala hajat, memudahkan urusan yg sulit dan menolak bala bencana seperti di seluruh dunia sekarang ini yang mengalami sakit.
Semoga Solawat Qosidah Bihaqqillah Rijalallah ini memberikan solusi untuk masyarakat istiqomah berdoa dengan wasilah solawat ini sendirian mahupun berjamaah
Dapatkan Teks Qosidah diatas di Website
https://www.scribd.com/doc/78321037/Ibadallah-Rijallah-Wasilah-Para-Abid-Terjemahan
Qosidah Bihaqqillah Rijalallah
بحق
الله رجال الله ○ اعينونا بعون الله
عباد الله
رجال الله ○ اعينونا بعون الله
وكونوا عونن الله ○ عسى نحظى بفضل
الله
فيا أقطاب
ويا أوتاد ○ ويا أبدال ويا أسياد
اجيبوا يا ذوي الأمداد ○ وفينا اشفعون
الله
إلى من غيركم اذهب ○ ومالى دونكم
مذهب
ومنكم يحصل المطلب ○ وأنتم خير اهل الله
تعالوا وانظروا بالله ○ تعالوا وانصروا لله
بحق الله بجاه الله ○ بحب الله بعون
الله
اجيبوا يا كرام القوم ○ وخلوا عنكم ذا
النوم
وهيوا وانصرونا اليوم ○ وكونوا عوننا لله
فيا رباه
يا ربي ○ ويا غوثاه يا حسبي
ازل يا سيدي كربي ○ والحقني بأهل
الله
فيا طه ويا طس ○ ويا حم ويا
يس
انا عبد انا مسكين ○ ومالى غير ذكر الله
سمعنا منك يا محبوب ○ وجاء السؤل والمطلوب
واسمك عندنا مكتوب ○ ووصفك زين اهل
الله
سألنا كم سألناكم ○ وللأبواب جئناكم
وفى امر قصد ناكم ○ فشدوا عزمكم
با الله بقرأن وجبريل ○ وتوراة وانجيل
وما فى اى تنزيل ○ اعينو نا
لأجل الله
بأسماء و اوصاف ○ وذات ذات اوصاف
وأبرار وأشراف ○ واخيار ورسل
الله
بطه سيد الكونين ○ وسيد والد الشابين
وانتم نور عين العين ○ انلنى مقصدي
لله
فزين العابدين واقف ○ على أبوابكم
عاكف
ومن تقصيره خائف ○ ولا يشكو لغير
الله
بسم الله فتحنا الباب ○ وصلينا مع
الأحباب
ودارت بيننا الأكواب ○ شربناها بسم
الله
ونادانا منادى الحي ○ اجبناكم وزال
الغى
وجاءت فى حماكم حي ○ وقولوا ألف شي
لله
وما كنا بذي الأشباح ○ ولكن تفرح الأرواح
من الفتاح للفتاح ○ بهذا جاء سر
الله
وزين العابدين ملقى ○ على ابوابكم
حقا
فحاشا بعد ها يشقى ○ أيا سادات شى ءلله
Urutan nama-nama walisongo diantaranya :
1. Sunan Gresik dengan nama Maulana Malik Ibrahim.
2. Sunan Ampel dengan nama Raden Rahmat.
3. Sunan Drajat dengan nama Raden Qasim.
4. Sunan Kudus dengan nama Ja'far Shodiq.
5. Sunan Gunung Jati dengan nama Syarif Hidayatullah.
6. Sunan Giri dengan nama Raden Paku.
7. Sunan Kalijaga dengan nama Raden Said.
8. Sunan Bonang dengan nama Raden Makhdum Ibrahim.
9. Sunan Muria dengan nama Raden Umar Said.
.
.
Selawat Fatih – Permata Yaqut Yang Sangat Berharga
اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدِ نِ الْفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ وَالْهَادِى إِلَى صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيمِ.
Ertinya: “Ya Allah rahmatilah Penghulu kami Nabi Muhammad yang membuka apa yang tertutup dan yang menutupi apa-apa yang terdahulu,penolong kebenaran dengan kebenaran yang memberi petunjuk ke arah jalan yang lurus, dan kepada keluarganya, sebenar-benar kemuliaan padanya dan kedudukan yang amat mulia.”
Selawat ini disusun oleh al-‘Arif al-Kabir Sayyid Muhammad al -Bakri, salah seorang dari keturunan Rasulullah SAW.
Selawat al-Fatih adalah salah satu ciri khas dari Tarekat Tijani. Di antara keistimewaan selawat Fatih ialah lafaznya yang tidak menyimpang dari ayat atau kandungan Al quran, tetapi harus diingat bahawa Selawat al-Fatih bukan sebahagian dari ayat Al quran.
Syeikh Ahmad Tijani ra. belum pernah memberi suatu pernyataan sedikitpun bahawa Selawat al-Fatih itu sebahagian dari ayat Al-Quran, kitabullah, hadis qudsi atau wahyu kenabian. Cuma dinyatakan konteksnya adalah tidak lari dari kandungan ajaran al-Quran dan Hadis.
Beliau juga belum pernah menyatakan Selawat al-Fatih lebih utama dari Al-Quran atau mengimbanginya. Tidak ada satu kalam pun yang melebihi Al quran, begitulah yang ditegaskan oleh Syeikh Ahmad Tijani.
Selawat kepada Nabi Muhammad SAW ada yang menggunakan wasallam /wasallim dan ada yang tidak menggunakannya.
Ketika Syeikh Ahmad bin Muhammad ditanya; Mengapa Selawat al-Fatih tidak ada wasallim-nya ?
Beliau menjawab;
“Haakazaa minal ghaaib” (demikianlah dari al-ghaib).
.
Kisah Yang Pernah Diberitakan
Lama sekali Al-Qutb Asy-Syeikh Muhammad bin Abil Hasan Al-Bakri As-Siddiq beribadah, munajat dan mohon kepada Allah SWT agar diberi selawat yang mana pahala, sirr, faedah dan keistimewaan semua selawat masuk di dalamnya. Kemudian malaikat datang membawa kain bertuliskan Selawat al-Fatih dengan tulisan cahaya, sebab itu diberi nama Selawat Al-Bakriyah sebagaimana juga diberi nama Al- Yaaqutatul Faridah (Permata Yaqut) yang tidak ada duanya, tetapi kemudian terkenal dengan Selawat al-Fatih.
Setelah 16 tahun (1180-1196 H) dalam usia 46 tahun Al-Qutbul Maktum Asy- Syeikh Ahmad bin Muhammad bin Asy-Syarif Al-Hasani At-Tijani ra. berjumpa Sayyidul Wujud SAW dalam keadaan jaga tidak dalam tidur/mimpi dan diberi ijazah Selawat Al-Fatih dan diberi penjelasan tentang pahalanya, sirr-nya, faedahnya dan keistimewaannya juga tingkatan memberi ijazah pada orang lain.
Dan telah berkata Abul Abbas Tijani ra; “Talqinlah/ijazahlah manusia dengan selawat fatih, supaya mereka mati dalam keimanan.”
Selawat Fatih ini dinamakan akannya ‘Selawat Ahli Bait’ juga dinamakan dengan ‘Selawat yang membuka akan rahsia Hakikat Muhammadiah’ dan tidak terkecuali dinamakan dengan ‘Ibu Selawat’. (sekadar makluman kepada para pengamalnya)
Bermimpi Rasulullah dengan Selawat Al- Fatih
Bermimpi melihat Rasulullah adalah haq, di dalam Hadits dijelaskan;
“Barangsiapa yang melihatku dalam mimpi, dia benar-benar melihatku. Karena syaitan tidak mampu meniru rupa diriku.” (HR.Bukhari dan Muslim)
Dalam hadis lain yang artinya; “Barangsiapa melihatku dalam mimpi maka dia benar benar telah melihatku.”
Salah satu cara berjumpa Rasulullah dalam mimpi iaitu dengan membaca Selawat Al-Fatih yang terdapat didalam Kitab Maghnatisul Qabul Fil Wushul Ila Ru’yati Sayyidina Rasul karya Syaikh Hasan Muhammad Syiad Ba’Umar.
Keistimewaan Buat Para Pengamalnya
Selawat Fatih juga mempunyai keistimewaan yang tersendiri seperti mana yang telah disusun oleh para ulama terdahulu di antaranya;
Berkata sebahagian ulama Maghribi, sekali berselawat dengan Selawat Fatih menyamai 10,000 atau 600,000 yang lain.
Dibaca 11 kali selepas solat fardhu, Allah akan mengampunkan dosa-dosa kecil dan aman tenteram jiwanya.
Dibaca 21 kali setiap hari, luas rezeki dan keluarganya selamat dari kesusahan.
Sesiapa beristiqamah berselawat Fatih selama 40 hari berturut, dosanya akan diampuni Allah.
Sesiapa mengamalkan dengan istiqamah, nescaya akan terbuka rahsia keajaiban, menghilangkan dukacita, mendapat hidayah dan tercapai segala hajat. Beliau akan menjadi ahli syurga walaupun hanya membacanya sekali seumur hidupnya.
Kebanyakan daripada arifin menyebut bahawasanya selawat ini dapat membukakan asrar (rahsia) ajaib yang terhairan oleh akal sesiapa yang dapat membacanya 100 kali setiap hari.
Sesungguhnya sesiapa yang tekun membacanya setiap hari 100 kali dibukakan baginya banyak daripada hijab. Dan hasil baginya daripada anwar. Dan ditunaikan segala keinginannya; dengan qadar yang tidak diketahui melainkan oleh Allah Ta’ala.
Sesiapa yang berselawat dengan Selawat Fatih ini sekali dalam hidupnya nescaya tidak akan dijilat api neraka.
Sesiapa membacanya 1,000 kali pada malam Khamis dan Jumaat atau Isnin akan dihimpunkan bersama-sama Nabi Muhammad SAW.
SELAWAT FATIH
اَللّٰهُمَّ
صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدِ نِ الْفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالْخَاتِمِ لِمَا
سَبَقَ نَاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ وَالْهَادِى إِلَى صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيمِ وَعَلَى
آلِهِ وَصَحْبِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيمِ.
Ertinya:
“ Ya Allah limpahkanlah rahmat
keatas junjungan kami Nabi Muhammad yang membuka kunci sesuatu yang dikunci dan
penyudah bagi Nabi yang terdahulu daripadanya dan yang menolong (membela)
kebenaran dengan kebenaran dan memberi petunjuk ke jalan yang benar dan lurus
dan kurniakanlah rahmat dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat sahabatnya
dengan kurnia yang layak dengan kadarnya dan makamnya yang mulia .”
Ringkasan Sejarah
Selawat al- Fateh adalah berasal daripada al-Qutub Sayyid Muhammad Syamsuddin bin Abul Hasan al-Bakry r.a. yang mendapat ilham kurniaan setelah bermunajat pada Allah SWT selama 18 tahun di Makkah. Selawat ini juga di sebut penghulu segala selawat kerana mengandung rahsia segala selawat dan rahsia zikir dan nama nama Allah yang maha agung.
KEUTAMAAN SELAWAT FATIH
- Menghapus dosa selama 400 tahun
Membaca selawat Fatih sebanyak *100 kali pada malam Jumaat*
dipercaya dapat menghapus dosa-dosa selama 400 tahun. Fadhilat ini tentu sangat
di idamkan setiap umat muslim.
- Memperoleh pahala yang menyamai ibadah para wali
Lagi-lagi, fadhilah selawat Fatih terletak pada jumlah
pahalanya yang berlimpah. Membaca selawat Fatih sebanyak 10 kali pada malam
Jumaat maka pahalanya setara dengan ibadah para wali selama 1 juta tahun.
- Menetapkan iman
Fadhilah selawat Fatih yakni dapat menetapkan iman
seseorang. Menurut beberapa ulama, barang siapa yang membaca selawat Fatih
secara rutin maka imannya akan dikuatkan dan menetap hingga akhir ajalnya. Dan
ia meninggal dalam kondisi yang baik (husnul khotimah).
- Mempermudah datangnya hidayah
Fadhilah selawat Fatih yang berikutnya yakni mempermudah
datangnya hidayah. Menurut beberapa ulama, seseorang yang membaca selawat Fatih
selama 40 hari berturut-turut maka ia akan tergerak hatinya untuk melakukan
taubat dari segala kemaksiatan.
.
.
Usahakan membaca selawat Fatih 11x selepas setiap kali solat fardhu lima waktu. Insya Allah.

“Sesungguhnya Kami menurunkan kitab itu sebagai quran yang dibaca dengan bahasa arab, supaya kamu berfikir”.